Peribahasa merupakan aspek unggul dalam
budaya Melayu yang diwarisi sejak turun-temurun. Salah satu peribahasa yang
sering digunakan ialah ‘melentur buluh biarlah daripada rebungnya’.
Huraikan maksud peribahasa ini selengkapnya.
Peribahasa
digunakan untuk memberi nasihat secara sopan tanpa menyinggung perasaan orang
lain. Hal ini keraan masyarakat dahulu kala amat sensitif terhadap sebarang
teguran atau sindiran. Biasanya, sesuatu peribahasa itu mempunyai kaitan dengan
kehidupan masyarakat pada masa itu.
‘melentur
buluh biarlah daripada rebungnya’ merupakan salah satu daripada ratusan
peribahasa Melayu yang dicipta oleh orang dahulu. Maksud peribahasa ini ialah
‘jika hendak mendidik, mengasuh atau membentuk peribadi anak, biarlah bermula
dari peringkat kanak-kanak lagi’. Hal ini demikian kerana pada peringkat inilah
lebih mudah untuk menasihat dan menegur sebarang salah laku anak.
Persoalan
kini ialah masih reklevankah peribahasa ini. Sebenarnya peribahasa ini masih
benar dan dapat diterima pakai dalam semua situasi mengasuh anak. Peribahasa
ini sebanyaknya ditujukan kepada para ibu bapa berhubung hal mendidik anak. Peribahasa
ini merupakan sebahagian daripada ilmu keibubapaan yang sering diperkatakan
sejak kebelakangan ini. Mesej penting di sebalik peribahasa ini ialah para ibu
bapa harus mendidik dan membentuk keperibadian anak sejak mereka kecil lagi.
Janganlah menuggu hingga anak sudah
menjadi remaja, baru hendak cuba
melentur perwatakan mereka. Apabila sampai ke peringkat ini, sukar bagi ibu
bapa melaksanakan tugas berat ini, ini disebabkan pengaruh rakan sebaya anak
adalah lebih kuat daripada nasihat para ibu bapa. Begitu juga para remaja lebih
terpengaruh oleh media massa.
Biasanya
hubungan ibu bapa dengan anak-anak cukup mesra dan akrab semasa anak-anak masih
kecil lagi. Anak-anak dilayan bagai ‘menatang minyak yang penuh’ kerana setiap
kerenah anak dilayan dengan sepenuh hati.ibu bapa berharap agar pada suatu hari
nanti, anak-anak mereak akan menjadi insan yang berguna, bertanggungjawab, dan
pandai mengenang jasa ibu dan bapa yang telah melahir, menyayangi, dan mengasuh
mereka sejak kecil lagi. Sesungguhnya pada waktu inilah, para ibu bapa harus
memainkan peranan sebenar mereka untuk membentuk sahsiah, peribadi, dan tabiat
anak.
Sekiranya
pada peringkat ini, anak-anak diabaikan, kehendak mereka tidak dilayan, ragam
mereka dibiarkan, dan makan minum mereka tidak dititikberatkan, pasti apabila
anak-anak ini meningkat dewasa, kehidupan mereka akan menjadi tidak teratus,
tidak tertib, kucar-kacir, dan tidak berhaluan serta tiada matlamat hidup.
Justeru, bermula dari sinilah masalah sosial mula menular kerana anak-anak
remaja pada peringkat ini sukar dikawal kerana mereka inginkan kebebasan.
Sementara sebilangan besarnya sudah mula berjinak-jinak dengan rokok dan arak
kerana sudah berupaya mencari nafkah sendiri dengan bekerja di kilang-kilang
atau di restoran, stesen minyak mahupu sebaagi buruh kasar.
Sering
kita terbaca berita tentang para remaja yang melakukan pelbagai kesalahan
seperti jenayah juvana, pergalan dan seks bebas, lumba motosikal haram,
berfoya-foya, bersekedudukan tanpa bernikah, penyalahgunaan dadah, penggunaan
pil ekstasi, laku musnah dan seumpamanya. Kesemua ini adalah sebagai akibat
pengabaian para ibu bapa sendiri. Sudah tentu kejadian-kejadian seperti ini
tidak akan berlaku sekiranya para ibu bapa mengambil berat dan memberi
perhantian terhadap kebajikan anak-anak sejak dari bayi lagi.
Pada
peringkat remaja dan awal dewasa, anak sudah tiak mudah menerima sebarang
teguran terbuka, dan nasihat daripada para ibu bapa. Peringkat ini merupakan
peringkat ‘melawan’. Justeru itu, peringkat terbaik untuk mendidik dan mengasuh
serta membentuk anak-anak, seperti yang disarankan oleh peribahasa ini ialah
pada peringkat ‘rebungnya’ kerana hubungan anak-anak dengan ibu bapa cukup
akrab.
Kesimpulannya,
kesempurnaan tingkah laku dan tabiat anak-anak adalah tanggungjawab ibu bapa.
Oleh itu, hayatilah peribahasa ini dan amalkan pengajarannya dalam kehidupan
seharian kita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan