Gejala merokok
merupakan isu yang hangat diperkatakan sejak sekian lama. Pelbagai usaha telah
diambil oleh kerajaan untuk mengatasi masalah ini namun masih sukar diatasi.
Nyatakan punca-punca yang menyebabkan remaja terlibat dalam gejala ini.
Merokok merupakan isu global yang
sering dibincangkan di mana-mana sahaja baik di barat atau di timur. Walaupun
telah banyak artikel yang disiarkan mengenai kesan-kesan merokok namun remaja
masih lagi meneruskan tabiat buruk mereka ini. Pihak kerajaan juga telah mengambil
pelbagai langkah untuk mengatasi masalah ini tetapi semuanya tidak menunjukkan
kesan positif ibarat mencurah air kedaun keladi. Jika dikaji dengan teliti
terdapat banyak punca yang menyebabkan remaja merokok.
Antara punca yang menyebabkan remaja merokok ialah naluri
ingin mencuba sesuatu yang baru tanpa mengira kesannya. Mereka merasakan tak
kenal maka tak cinta. Dengan
yang demikian mereka akan mula berjinak-jinak dengan rokok dari sebatang
menjadi dua, tiga dan seterusnya menjadi satu kotak dan akhirnya menjadi amalan
akibat ketagih. Mereka juga melakukan perkara itu untuk kelihatan lebih matang
di mata kumpulan mereka dan teman wanita mereka. Mereka juga berbuat demikian
untuk terus bertahan dalam sesebuah kumpulan dan tidak tersisih daripada rakan
sebayanya.
Pengaruh rakan sebaya juga dikatakan sebagai punca remaja
merokok. Mereka akan sedaya upaya mendapat perhatian daripada rakan-rakan
sebaya mereka atau ahli-ahli dalam kumpulan mereka. Untuk tetap bertahan, maka
mereka terpaksa melakukan sesuatu yang menjadi kelaziman dalam kumpulan itu.
Merokok sebagai satu kelaziman menjadi tabiat bagi mereka setelah sekian lama
melakukannya seperti kata pepatah alah bisa tegal biasa. Dengan
berbuat demikian mereka akan tetap dianggap sebagai ahli kumpulan yang setia.
Sementara itu faktor keluarga juga merupakan punca remaja terlibat dalam gejala
ini. Faktor ini jarang disedari namun ia meresap dalam jiwa remaja secara
perlahan yang mana akhirnya membawa kepada kelaziman. Ramai penjaga atau ibu
bapa yang merokok di khalayak anak-anak mereka, tanpa menyedari bahawa
perbuatan mereka itu menjadi perhatian dan tumpuan anak-anak yang masih remaja.
Perbuatan ibu bapa yang menjadi ketua dan kepala keluarga sering menjadi ikutan
dan teladan kerana mereka adalah 'role model' atau contoh bagi anak-anak.
Keadaan ini sesuai digambarkan dengan peribahasa bapa borek anak rintik. Dengan yang demikian tabiat merokok sudah
pasti lambat laun akan menjadi ikutan mereka.
Iklan juga tidak kurang besar pengaruhnya
terhadap golongan remaja. Setiap iklan rokok yang ditayangkan lengkap dengan
tarikannya seperti memasukkan bintang atau pelakon yang popular, di samping
menggunakan model-model wanita yang cantik sambil menggoda lelaki. Perkara
seumpama ini walaupun kecil sifatnya tetapi kesannya amat mendalam dalam jiwa
remaja.
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamBrape patah prkataaan??
BalasPadamkireeee lahhhh
PadamKira sendiri Leer
BalasPadamNi 180 patah perkataan kot..
BalasPadamBagusnya
BalasPadam๐
BalasPadamWah terboek๐๐
BalasPadamWah terboek����
BalasPadamYa good too
BalasPadamGood tapi panjang
BalasPadambape patah perkataan ni
BalasPadamwanna some sex
BalasPadam