Rabu, 13 November 2013

BELAJAR SECARA BERKUMPULAN



“BELAJAR SECARA BERKUMPULAN”

Pernahkah kita membaca buku, tetapi apa yang dibaca tidak dapat disimpan di
dalam ingatan?. Pernahkah kita merasa kecewa atas segala usaha yang kita
telah laksanakan tersebut?.

Jika ini berlaku kepada diri kita, sebenarnya teknik belajar kita adalah
tidak sistematik. Belajar cara untuk belajar adalah amat penting. Kaedah
dalam belajar adalah kita mempalajari sesuatu ilmu dan teknik belajar yang
berkesan untuk mendapat ingatan yang maksimum.Mengingat merupakan satu
perkara yang boleh dipelajari. Apabila sesuatu perkar ayang kita baca tetapi
tidak boleh kita ingati, ia akan mnjadi hanya proses ingatan jangka pendek.
Namun apa yang kita mahukan adalah segala fakta menjadi
ingatan jangka panjang. Sebagai contoh jikalau kita membaca buku dan kita
cuba mangingat. apabila kawan bertanya kita, selalunya ada perkara yang kita
boleh ingat dan sebahagiannya kita terlupa.

Contoh yang kedua pula misalnya nombor kad pengenalan yang kita ingat.
Nombor kad pengenalan yang kita ingati iitu adalah proses ingaan jangka
panjang. Contoh proses ingatan jangka panjang yang lain adalah seperti
nombor telefon rumah sendiri, nonbor telefon rumah teman rapat, warna kereta
dan sebagainya. Ingatan jangka pendek akan mudah lupus dari ingatan kita.
Justeru ingatan menjadi perkara penting, lebih-lebih lagi apabila mahu
menghadapi peperiksaan. Maka satu kaedah mengingat yang sistematik amat
diperlukan.

Proses ingatan dalam pembelajaran amat penting. Oleh yang demikian terdapat
pelbagai kaedah untuk mengekalkan ingatan. Sebagai pelajar, setelah kita
mempunyai motivasi yang tinggi, kita juga mesti mempunyai kemahiran
pembelajaran yang berkesan.
Mengapa dilihat pelajar yang mempunyai kesungguhan yang tinggi tetapi
apabila keputusan yang diumumkan, mereka tidak mencapai keputusan yang
cemerlang. Sebenarnya disamping motivasi yang tinggi kemahiran belajar yang
berkesan perlu ada pada diri pelajar. Kemahiran ini sebagai contohnya
termasuklah kemahiran membuat nota secara peta minda, mengambil nota secara
neumonik, teknik belajar secara berkumpulan, teknik imaginasi dan lain-lain.

Apabila kita katakan sebagai kemahiran, ia menuntut kita tahu apakah
kemahiran yang kita akan belajar. Ia lebih tepat kita sebut sebagai belajar
cara untuk belajar.
Selalu kita sebut sebagai "smart study" iaitu belajar dengan kaedah yang
betul ditambah dengan minat, motivasi serta kesungguhan yang tinggi. Apabila
disebut sebagai kemahiran ia juga perlukan ulangan.



Teknik Belajar

Teknik belajar berkumpulan adalah antara teknik belajar yang begitu popular
di kalangan pelajar serta mahasiswa adalah secara berkumpulan. Apabila
ditanya kepada kita, apakah kita tahu tentang teknik belajar secara
kumpulan. Ramai antara kita yang akan mengatakan mereka tahu tentang apakah
yang dimaksudkan dengan belajar berkumpulan, tetapi sejauh manakah
pengetahuan serta pemahaman kita dalam aspek ini. Apabila ditanya tentang
belajar berkumpulan ini, ramai mengatakan bahawa ia hanya
sekadar dilaksanakan bersama kawan-kawan. Belajar berkumpulan harus dihalusi
dan diteliti. Ini kerana ada segelintir yang mengatakan bahawa belajar
berkumpulan hanya membuang masa sahaja. Apabila keluar dari sesi belajar
secara berkumpulan, tidak banyak manfaat yang diperolehi. Ini merupakan
tanggapan yang salah.

Menurut Mohd Yusof Othman (1998), menyatakan satu kaedah yang boleh
dilakukan dalam usaha untuk meningkat dan menjana ilmu adalah belajar secara
kumpulan. Belajar secara berkumpulan boleh dalam bentuk yang formal seperti
membentuk dalam kumpulan tertentu (study circle) dengan matlamat yang sama,
atau kumpulan  yang tidak formal dana mempunyai ahli-ahli yang terdiri
daripada pelbagai
latarbelakang yang berbeza. Belajar secara berkumpulan sebenarnya lebih
berkesan berbanding dengan belajar bersendirian. Ini kerana dalam belajar
secara berkumpulan, idea atau pemikiran dapat dikongsi bersama. Misalnya ada
sebahagian ahli yang membaca buku yang berbeza daripada kita, pandangan
daripada buku tersebut dapat diperolehi dengan segera. Begitu juga dengan
pengalaman yang berbeza yang dialami oleh setiap ahli  kumpulan. namun
demikian, belajar berkumpulan memerlukana adab dan disiplin diri yang
tinggi. Misalnya perlu mengemukakan pandangan secara teratur,
bersedia untuk berbeza pendapat, menggunakan kumpulan sebagai wadah untuk
"sumbang saran" atau menyemarakkan idea.

Perkara lain yang juga perlu diberi perhatian dalam usaha untuk meningkatkan
ilmu pengetahuan adalah kesanggupan untuk berfikir secara aktif. Yakni
kesanggupan untuk  berhujjah dalam minda dengan melakukan analisis dan
hipotesis secara kritis
dengan penuh adab dan akhlak disamping menyakini wibawa diri orang yang
menyampaikan maklumat. Dengan semikian, pemikir yang baik bukanlah pemikir
yang stereotype yang tidak boleh menghormati kaedah bagaimana orang yang
tidak sealiran dengannya berfikir. Sebagai contoh katakanlah seorang pelajar
yang bijak menyenaraikan isi-isi penting dalam topik "Gejala sosial di
kalangan remaja". Pelajar ini mendapat 10 isi. Kemudian tajuk ini diberikan
juga kepada kumpulan (5 hingga 7 orang) pelajar. Mereka
ini dapat menyenaraikan sekurang-kurangnya 15 isi penting.


Secara luarannya dapat dilihat bahawa kumpulan dapat memberikan sumbangan
yang besar jika dibandingkan dengan seorang. Namun yang menjadi dilemanya
adalah kaedah yang tersusun, sistematik dan sempurna. Di sini dipaparkan
kaedah yang betul tentang belajar berkumpulan.

Peranan Belajar Berkumpulan

1. Agihkan setiap ahli dengan satu tajuk.
Setiap ahli perlu diberi tanggungjawab. Jika kita menjadi ahli dalam
kumpulan tersebut, kita mesti mempunyai satu tanggungjawab yang mesti
dipegang. Ini membolehkan kita mengambil berat dan merasakan bahawa kita
mempunyai peranan di dalam kumpulan.

2. Ahli mesti sehaluan.
Ahli yang dipilih dalam kumpulan mesti mempunyai matlamat yang sama iaitu
cemerlang dalam pelajaran. Kita tidak mahu ahli yang ada di dalam kumpulan
untuk mencukupkan bilangan. Ahli mesti mempunyai matlamat yang jelas dan
bukan hanya kerana ia sahabat karib sahaja. Dikhuatiri jika ahli seumpama
ini ada, ia akan menyebabkan kumpulan kita tidak akan mencapai matlamatnya.


3. Setiap ahli perlu menjiwai tajuk tersebut.
Apabila kita telah menyediakan ahli dengan setiap tajuk, kita mestilah juga
memastikan bahawa kita bersedia dengan tajuk tersebut.Ini sangat penting
kerana jika kita telah bersedia maka persoalan yang timbul hasil kemusykilan
dari ahli yang lain dapat kita jelaskan.


4. Berbincang dengan guru atau orang yang lebih arif.
Sebelum melaksanakan teknik belajar secara berkumpulan ini, sila pastikan
kalau-kalau ada perkara yang tidak faham tentang topik yang
dipertanggungjawabkan. Oleh yang demikian berbincanglah dahulu dengan guru.
Ini bertujuan untuk kita lebih mendalami tentang topik tersebut. Dengan yang
demikian kita akan lebih bersedia semasa perbincangan.


5. Penumpuan semasa ahli membentang.
 Penglibatana semua ahli membawa implikasi yang besar. Berikan penumpuan yang
sewajarnya kepada ahli yang sedang membentang. janganlah ada dia antara kita
semasa ahli sedang membentang, kita tidak memberikan perhatian. Andaikan
apabila kita
sedang bercakap, ada orang yang tidak memberi perhatian kepada kita.
Bagaimanakah
perasaan kita ketika itu? Sudah tentu kita merasai kita tidak dihargai,
justeru itu berikan sepenuh-penuh penumpuan semasa rakan sedang membentang
dalam kumpulan. Pengormatan dan kesediaan mendengar pembentangan ahli lain
merupakan seni dalam aktiviti belajar berkumpulan ini.


6. Bersoal jawab.
Kumpulan yang dinamik dan berkembang adalah kumpulan yang wujudnya
perbincangan dan soal jawab.  Semakin banyak perkara yan relevan
dibaincangkan semakin bertambah dinamik kumpulan itu. Ahli kumpulan bukan
sahaja mendengat kumpulan lain membentang semata-mata , tetapi sentiasa
bersoal jawab atas perkara yang menimbulkan ketidak fahaman. ini sebenarnya
membuka minda kita agar lebih memberikan penelitian atas isu dan tajuk yang
dibincangkan. Ini menjadikan kita individu yang kritikal dan analitikal
dalam membincangkan tajuk tersebut.
Minda yang kritikal dan analitikal merupakan minda yang cemerlang. Galakkan
diri bertanya hal-hal yang berkaitan yang tidak difahami atau bercanggah
dengan pemahaman kita.


7. Agihkan bahan
Di dalam belajar berkumpulan lantik seorang ketua, setiausaha dan bendahari
secara bergilir-gilir, iaitu bagi mata pelajaran yang berbeza-beza mempunyai
ketua yang berbeza-beza. ini adalah untuk memberikan peluang dan
tanggungjawab kepada semua ahli.  Maka laksanakanlah tugas seperti tugas
mengagihkan bahan-bahan kepada ahli-ahli di mana dilakukan oleh setiausaha.
Ketua akan menetapkan masa perjumpaan serta berbincang tentang pembahagian
tajuk-tajuk.

Secara ringkasnya belajar berkumpulan banyak membantu pelajar menguasai
sesuatu mata pelajaran jika dilaksanakan dengan betul.

K = Kerjasama diperlukan
U = Untuk semua ahli
M = Mesra menjadi faktor penting
P = Prihatin kepada setiap ahli
U = Ulangkaji terlebih dahulu
L = Laksanakan sebaik mungkin
A = Anggapan antara ahli mestilah positif
N = Natijah cemerlang diperolehi

Kombinasi huruf-huruf di atas diharapkan memberikan celik akal kepada kita
untuk melaksanakan teknik ini sebaik mungkin.

SUMBER RUJUKAN:
http://web.usm.my/education/kaunseling/tips/Belajar%2520Berkumpulan.doc 

Rabu, 28 Ogos 2013

KARANGAN (ISI - ISI PENTING)



1. Salah satu syarat untuk diterima masuk ke institusi pengajian tinggi ialah aktif dalam kegiatan kokurikulum di sekolah. Pada pendapat anda, mengapakah semua pelajar diwajibkan menyertai kegiatan kokurikulum di sekolah?

Pendahuluan
·           Aktiviti kokurikulum terbahagi kepada beberapa kategori iaitu persatuan dan kelab, pasukan pakaian seragam dan sukan.
·           Pelajar diwajibkan menyertai setiap kategori.
·           Pelajar bukan sahaja menumpukan perhatian dalam bidang akademik tetapi perlu               
         terlibat dengan  kegiatan kokurikulum.

Isi-isi penting
·                Melahirkan pelajar yang, sihat dari segi fizikal dan mental.
·                Aktiviti kecergasan dapat mcnyihatkan tubuh badan
·                Melahirkan pelajar yang sihat
·                Melahirkan pelajar yang berkeyakinan.
·                Memenuhi masa lapang dengan aktiviti yang  berfaedah - memberi peluang     
          bergaul dengan rakan sebaya – mengelakkan gejala negatif di luar sekolah.
·            Memupuk nilai nilai murni melalui aktiviti yang dijalankan seperti perkhemahan dan lawatan – diajar merancang dan mengendalikan tugas.

Kesimpulan
·          Ibu bapa wajar menggalakkan anak -anak melibatkan diri dalam kegiatan kokurikulum - tidak menghalang anak-anak dan mengikis tanggapan bahawa kegiatan kokurikulum membazir masa.
·                Jangan menuding jari  kepada mana-mana pihak jika anak-anak tidak diterima masuk ke IPT dengan alas an tidak pernah menyertai kegiatan kokurikulum.


2. Kemasukan pendatang asing ke negara kita semakin bertambah. Bincangkan kesan-kesan kemasukan pendatang asing kepada Negara

Pendahuluan
·                                Anggapan bahawa Malaysia sebagai penyelesai masalah untuk menyara kehidupan.
·                                Kestabilan politik dan ekonomi menyumbang kepada keharmonian – negara asal pendatang asing menghadapi pelbagai masalah.

Isi-isi penting
·                                Kebaikannya – dapat mengatasi masalah kekurangan tenaga kerja berikutan pertumbuhan ekonomi yang pesat –pendatang asing tidak memilih pekerjaan dan kadar upah yang diberikan rendah.
·                                Majikan suka menggunakan tenaga pekerja asing kerana mereka mudah diberi arahan – bekerja tanpa mengira waktu.
·                                Keburukannya – mereka cenderung untuk melakukan kegiatan-kegiatan jenayah berikutan daripada desakan hidup – rakyat tempatan menjadi mangsa kekejaman mereka.
·                                Timbul masalah penempatan – muncul rumah setinggan – menjejaskan imej negara.

Penutup
·                                Kemasukan pendatang asing perlu dikawal – tindakan tegas kepada pendatang asing yang melanggar peraturan – jika dibiarkan mungkin negara kita akan dibolot oleh pendatang asing.


3. Masalah pencemaran sungai masih lagi melanda negara ini. Pelbagai cara telah dijalankan untuk mengurangkan masalah pencemaran sungai. Nyatakan kesan-kesan pencemaran sungai jika tidak diatasi segera.

Pendahuluan
·     Masalah pencemaran sungai tidak pernah berhenti diperkatakan kerana sungai tidak hebas daripada pcncemaran.
·     Pencemaran tetap berlaku walaupun pelbagai langkah telah diambil.

Isi-isi Penting
·     Air ialah keperluan hidup manusia, sungai tercemar bermaksud menggunakan air yang tercemar untuk menyediakan makanan dan minuman mereka.
·     Pelbagai penyakit timbul seperti dan glaukoma, iaitu sejenis penyakit buta yang disebabkan kekurangan air bersih bagi kegunaan seharian.
·     Mengganggu rantaian makanan manusia dan haiwan.
·     Kepupusan ikan boleh mengurangkan sumber protein manusia.
·      
Penutup
·                                Menjaga kebersihan adalah tanggungjawab bersama kerana sungai tercemar bermakna kehidupan juga tercemar.
 
4. Sahabat pena anda di luar negara telah meminta anda menceritakan              sambutan Hari Kebangsaan yang diraikan oleh rakyat Malaysia. Balas surat itu bagi memenuhi permintaannya.
Pendahuluan
·   Format: surat kiriman tidak rasmi.
·   Mengucapkan terima kasih kerana sudi menghantar surat kepada anda – gembira menerima surat.

Isi-isi Penting
·   Sambutan Hari Kebangsaan diadakan pada 31 Ogos setiap tahun.
·   Perarakan diadakan – disertai oleh pasukan keselamatan negara – badan-badan tertentu – meriah – pelbagai pakaian seragam dapat dilihat.
·   Orang ramai akan datang menyaksikan perarakan tersebut – meriah
·   Semua pemimpin negara yang akan berkumpul pada hari tersebut – mesra rakyat.
·   Semangat patriotik dapat dilihat dalam kalangan rakyat Malaysia – menyertai perarakan –      
     memberi kerjasama yang jitu – mcnunjukkan perpaduan rakyat Malaysia.

 Penutup
·                                Menamatkan surat – mengajak rakan anda datang menvaksikan sendiri sambutan Hari Kebangsaan di Negara ini. Berharap agar hubungan mereka berkekalan.

5. Guru kelas anda akan melanjutkan pelajaran ke luar negara. Kelas anda telah mengadakan majlis jamuan perpisahan untuk meraikannya. Anda ditugaskan untuk menyampaikan ucapan dalam majlis tersebut. Tulis ucapan anda itu selengkapnya.
Pendahuluan
·          Format ucapan
·          Kata alu-aluan
·          Mengucapkan terima kasih guru-guru dan rakan-rakan sekelas sudi hadir.


Isi-isi Penting
·                                Melahirkan rasa sedih kerana terpaksa berpisah dengan beliau.
·                                Memohon agar beliau masih sudi menjenguk sekolah dan mencurahkan bakti kepada sekolah selepas tamat belajar nani.
·                                Mendoakan kejayaan beliau.

Penutup
·                                Semoga beliau masih sudi memberi tunjuk ajar.
·                                Selitkan pantun yang sesuai.


 6. Baru-baru ini anda dan keluarga telah hercuti di sebuah pusat peranginan yang terkenal di negara ini.
    Anda dan keluarga menginap di sebuah hotel. Semasa anda berada di situ,    satu kejadian mencemaskan berlaku apabila seorang kanak-kanak hampir lemas di kolam renang hotel itu. Gambarkan peristiwa tersebut.
Pendahuluan
·  Setiap kali cuti sekolah, bapa akan membawa kami bercuti ke tempat-tempat menarik.
·  Bercuti di Kelantan.

Isi-isi penting
·  Menginap di hotel
·  Ayah membawa mandi-manda di pantai.
·  Mandi dalam kolam renang hotel -ibu bapa mengawal kami.
·  Seorang budak berusia 5 tahun teriatuh ke dalam kolam renang orang dewasa - ibu bapa mereka leka membaca surat khabar.
·  Suasana kelam-kabut -ibu bapa kanak-kanak itu menangis dan menjerit-jerit  meminta tolong - penyelamat terjun menyelamatkan keadaan.
·  Kanak-kanak itu diselamatkan - Ibu bapa kanak-kanak itu berterima kasih - kanak-kanak dibawa ke hospital berhampiran.

Penutup
·  Ayah dan ibu menasihati kami supaya jadikan peristiwa itu sebagai pengajaran.


7. Anda telah menyertai satu ekspedisi di sebuah hutan anjuran sebuah persatuan di     sekolah anda. Tanpa anda sedari, anda telah terpisah daripada kumpulan anda. Ceritakan pengalaman anda sehingga anda ditemui

Pendahuluan:
  • Sentiasa menyertai aktiviti anjuran Kelab Kembara.
  • Daripada membuang masa lebih baik menyertai aktiviti berfaedah
  • Ibu bapa pula memberi galakan

Isi-isi:
·  Telah mengikuti ekspedisi ke Hutan Lipur Sungai Congkak.
-Guru penasihat mengingatkan kami akan pentingnya mematuhi disiplin
-Kami mendengar nasihat dengan penuh perhatian
·  Peserta seramai 32 orang memulakan ekspedisi dengan doa selamat
-Mendaki anak bukit dan meredah hutan
-Suasana begitu mendamaikan perasaan
  • Kelemahanku ialah mudah leka
-Dari barisan tengah kini berada di barisan belakang
-Tanpa sedar, sudah terpisah dengan rakan-rakan
  • Menjerit untuk menarik perhatian rakan
-Tidak berani terus menjerit bimbang akan binatang buas
-Duduk berfikir dan terdengar deruan air terjun
  • Segera menuju ke arah air terjun
-Teringat pesanan datuk sekiranya sesat perlu menyusuri sungai
-Akhirnya menemui perkampungan orang Asli

Penutup:
  • Orang Asli itu berjanji akan menunjukkan jalan keluar.
  • Yakin akan keikhlasan orang Asli itu
  • Pengalaman ini boleh dijadikan pengajaran


8. Sekolah anda telah menganjurkan Hari Keluarga. Banyak aktiviti dijalankan pada hari tersebut. Tulis suasana dan gambaran pada hari tersebut

Pendahuluan:
  • Setiap sumbangan dapat membantu orang lain.
  • Kata-kata azimat daripada pengetua
  • Mengakui kerana PIBG akan membeli komputer hasil sumbangan orang ramai

Isi-isi penting
·         PIBG menganjurkan Hari Keluarga di perkarangan sekolah
- Ucapan perasmian dilakukan oleh Yang Dipertua PIBG
- Pelbagai Aktiviti menarik telah diadakan
·         Acara melibatkan pelajar dan ibu bapa
-Setiap aktiviti menerima sokongan padu daripada orang ramai
-Penyertaan dihadkan dan suasana begitu riuh
·         Di kantin diadakan jualan pelbagai jenis barang
- jualan diusahakan oleh PIBG dan kaum ibu
                  - Terdapat jualan berupa barangan terpakai
·         Diadakan acara persembahan di dewan besar
- Pertandingan nyanyian khusus untuk ibu bapa
- Diselangi dengan persembahan kebudayaan
·         Pembahagian hadiah untuk mereka yang berjaya
- Seorang dermawan menyumbang RM 10 ribu
- Kutipan keseluruhan melebihi RM50 ribu

   Penutup:
·         Aktiviti mencapai objektifnya
·         Pengetua begitu gembira
·         Terbayang akan pertambahan komputer seperti yang diharap-harapkan



9. Anda bertugas sebagai wartawan di sebuah akhbar tempatan. Anda ditugaskan untuk membuat berita tentang satu kes penculikan.
    Tulis berita tersebut

Pendahuluan:
  • Dua lelaki berjaya diberkas oleh polis.
  • Sebelum ditangkap, berlaku peristiwa tembak-menembak
  • Yang terlibat lelaki India dan Melayu

 Isi-isi:
·         Operasi memberkas hasil maklumat orang ramai
- Orang ramai mengetahui hasil penyiaran berita di media massa
- Pasukan polis segera ke tempat penculik
·         Kereta peronda mengejar kereta penculik hingga ke Jalan Semarak
- Kedua-dua lelaki itu meninggalkan kereta
- Tetapi pasukan polis berjaya melepaskan tembakan
·         Mangsa di dalam kereta dalam keadaan selamat
- Mangsa dalam keadaan lemah dan sedang menerima rawatan
- Polis yakin tiga lelaki lagi yang disyaki masih bebas
·         Hasil tinjauan mangsa dalam keadaan lemah
- Keluarga melarang wartawan mendekati mangsa
- Keluarga mangsa merakamkan penghargaan kepada wartawan
·         Apabila keadaan pulih, keluarga mangsa akan menghubungi wartawan dan polis
- Bangga atas pengorbanan wartawan dan polis
- Usaha ini patut disanjung tinggi
Penutup:
·         Orang ramai melahirkan rasa syukur
·         Dapat mengelakkan kejadian penculikan yang semakin pesat
·         Keberanian keluarga mangsa melaporkan penculikan kepada polis amat disanjung tinggi

10.  Anda telah terpilih sebagai Ketua Pelajar. Dalam satu perhimpunan sekolah, anda    diminta menyampaikan ucapan.
      Sediakan teks ucapan anda itu sepenuhnya

Pendahuluan:
  • Ucapan alu-aluan
  • Lafaz salam sejahtera
  • Bangga kerana diberi peluang berucap

Isi-isi:
·         Terharu dilantik sebagai Ketua Pelajar
- Lebih senang menjadi pengawas sahaja
- Pelantikan ini sebagai satu amanah
·         Menjalankan tugas mengikut peraturan
- Ada pelajar yang tidak senang apabila dikenakan tindakan
- Bangga guru disiplin terus memberi keyakinan
·         Menerima saya dan pengawas yang lain dengan hati terbuka
- Apa yang kami lakukan hanya menjalankan tugas
- Sentiasa menerima teguran untuk kebaikan diri
·         Memohon maaf kerana lewat masuk ke kelas disebabkan menjalankan tugas
- Apa yang dilakukan untuk memastikan pelajar lebih berdisiplin
- Kami berjanji tidak sesekali mengabaikan pelajaran
·         Tahun ini disiplin pelajar lebih baik
- Berharap pencapaian akademik juga baik
- Kejayaan merupakan hadiah untuk guru dan ibu bapa


Penutup:
·         Empat rangkap gurindam
·         Sebagai kanak-kanak kecil yang sering terdedah dengan kesilapan
·         Berilah kepercayaan kepada kami untuk menjalankan tugas