HENDAK SERIBU DAYA , TAK
HENDAK SERIBU DALIH
Peribahasa “ hendak seribu daya , tak hendak seribu
dalih” bermaksud seseorang yang bercita-cita tinggi akan berusaha untuk
mencapai cita-citanya walaupun terpaksa menghadapi berbagai-bagai halangan dan
rintangan . Peribahasa itu membawa maksud yang sama dengan peribahasa “ di mana
ada kemahuan di situ ada jalan”.
Ali
mempunyai cita-cita yang tinggi .Dia mahu berjaya dalam pelajaran .Dia
berhasrat untuk melanjutkan pelajarannya hingga ke peringkat universiti untuk
mencapai cita-citanya itu. Oleh itu, Ali sentiasa berusaha dan belajar dengan
bersungguh-sungguh tanpa mengenal erti penat dan jemu.
Ali
berasal daripada keluarga yang miskin. Selain itu, dia tidak mempunyai
kemudahan untuk belajar. Setiap hari dia terpaksa mengayuh basikal sejauh lima kilometer untuk
berulang-alik ke sekolah.
Namun
, Ali tidak berputus asa dengan segala kesusahan dan kepayahan yang dialaminya.
Ali menganggap segala dugaan yang dilaluinya sebagai pendorong untuk terus
berjaya. Di samping itu , dia sentiasa berusaha agar pelajarannya tidak
terganggu . Setiap hari , Ali pergi ke perpustakaan untuk meminjam buku-buku
rujukan . Malah , Ali juga tidak pernah berasa jemu atau merungut kerana penat
mengayuh basikal pada setiap hari . Semua kesukaran itu , tidak menjadi
penghalang kepada Ali . Berkat usahanya yang gigih , akhirnya Ali berjaya
melanjutkan pelajaran ke universiti.
Kejayaan
yang dicapai oleh Ali adalah kerana dia sentiasa berpegang teguh kepada
peribahasa “ hendak seribu daya , tak hendak seribu dalih.” Peribahasa ini
turut menjadi panduan kepada Ali untuk mencapai kejayaan pada masa hadapan.
tak terlalu menarik,kurang penggunaan diksi menarik
BalasPadamisi sikit sangat.tapi karangan yang bagus
BalasPadamisi sikit sangat.tapi karangan yang bagus
BalasPadamini ialah karangan peribahasa (cerita) yang sangat bagus.
BalasPadamBrp patah perkataan ni?
BalasPadamIkmal bongok
BalasPadamIkmal on laa wsp
BalasPadamEte kotey
BalasPadamIkmal hensem
BalasPadamBetul ke?
Padamboekok jalennn
BalasPadamKentang
BalasPadamIsi sikit
BalasPadamSesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna
BalasPadam