Jumaat, 11 April 2014

SOALAN KARANGAN



Soalan Karangan :
Dalam perjalanan pulan ke kampung untuk menyambut hari raya Aidifitri.  Anda dan keluarga terserempak dengan kemalangan jalan raya. Ceritakan pengalaman anda itu.  Pajang karangan hendaklah melebihi 180 patah perkataan

Ahad, 6 April 2014

KHAS UNTUK PELAJAR-PELAJAR KELAS 3KAA1, 3KP1, 3KP4 DAN 5PSV2

Assalamualaikum dan salam perpaduan, bersama -sama ini saya lampirkan beberapa bahan yang berkaitan dengan kemalangan jalan raya.  Semoga bahan ini membantu anak-anak didik sekalian dalam menyiapkan karangan yang diberi.  terima kasih

Video kemalangan ini diambil daripada filem KL Menjerit.  Perhatikan video tersebut dan kaitkan dengan punca yang menyebabkan berlakunya kemalangan jalan raya (Karangan Rangsangan terbuka)

Kemalangan yang tidak diduga.... Berhati-hatilah  di jalan raya

CONTOH KARANGAN

Buat satu karangan yang meyatakan punca-punca berlakunya kemalangan jalan raya.  Panjang karangan anda hendaklah melebihi 180 patah perkataan.

Kemalangan jalan raya ialah peristiwa ngeri yang biasanya melibatkan perlanggaran dua kenderaan atau lebih di jalan raya atau pun lebuh raya. Kemalangan sebegini biasanya boleh membawa kecederaan dan juga ----------------------------------------------------------------------------------------------
Punca pertama ialah kemalangan disebabkan oleh kecuaian pemandu itu sendiri ketika menggunakan jalan raya. Ramai pemandu yang memandu dalam keadaan mabuk ---------------------------------------------


Selain itu kemalangan juga disebabkan oleh keadaan jalan raya yang tidak baik. Biasanya jalan raya menjadi lebih bahaya ketika waktu hujan turun kerana air hujan menyebabkan -------------------------------------


Malah, ada pihak yang menyalahkan pemandu baru yang menyebabkan kemalangan terus menerus berlaku di negara ini. Mereka dikatakan tidak mahir untuk mengawal kenderaan terutama ketika dalam keadaan kecemasan yang menyebabkan ----------------------------------------------------------------------------

Jumlah kemalangan bertambah juga berkaitan dengan jumlah kenderaan yang bertambah setiap tahun. Pertambahan bilangan kenderaan menjadikan lalu lintas begitu sibuk dan -----------------------------------

Kesimpulannya, kadar kemalangan jalan raya di negara ini begitu menakutkan kita semua. Satu usaha yang berani harus dilaksanakan oleh pihak berkuasa untuk menghalang masalah ini menular lagi. Kita harus sedar bahawa  -------------------------------------Situasi ini bertepatan dengan peribahasa iaitu -----------------

5 FAKTA MENGEJUTKAN MENGENAI KEMALANGAN JALAN RAYA

5 fakta mengejutkan mengenai kemalangan jalan raya


KUALA LUMPUR: Adakah menggunakan telefon mudah alih ketika memandu punca utama kemalangan jalan raya? Atau adakah kemalangan jalan raya kerap berlaku disebabkan "road rage" atau sikap agresif para pemandu? Kajian baru-baru ini mendedahkan beberapa faktor kemalangan jalan raya yang mengejutkan secara global. Semua orang berfikir mereka adalah pemandu yang baik, tetapi sebenarnya kemalangan kereta berlaku tidak kira apa tahap pemanduan anda. Jadi, apa yang menyebabkan kemalangan kereta? Di sini adalah beberapa fakta menarik dan mengejutkan mengenai kemalangan jalan raya.

1) Orang-orang yang obes lebih cenderung untuk mati dalam perlanggaran kereta

Berfikir untuk memulakan regim kecergasan untuk menurunkan berat badan? Berikut adalah sebab utama untuk memulakannya secepat mungkin. Kajian mendapati pemandu obes adalah 78% lebih cenderung untuk mati dalam perlanggaran kereta berbanding pemandu-pemandu dengan berat badan normal. Menurut UC Berkeley’s Safe Transportation and Research Education Center (SafeTREC), obesiti mungkin menjadi faktor dalam kemalangan kenderaan yang membawa maut. Melalui penyelidikan yang dijalankan, para penyelidik mendapati individu yang mempunyai klasifikasi obesiti tahap I Pertubuhan Kesihatan Sedunia (BMI 30.0 ke 34.9) adalah 21% lebih cenderung untuk mati berbanding pemandu-pemandu dengan berat normal.

Mereka yang berada dalam obesiti tahap II (BMI 35 ke 39.9) adalah 51% lebih cenderung untuk mati, dan mereka yang berada dalam tahap paling tinggi, obesiti III (BMI 40.0 ke atas), adalah 80% lebih cenderung untuk mati akibat kemalangan berbanding pemandu-pemandu dengan berat normal. Apakah penjelasan di sebalik risiko tambahan ini? Para penyelidik percaya bahawa bahagian bawah badan pemandu-pemandu obes ditolak lebih ke hadapan semasa impak sebelum tali pinggang keledar mencapai pelvis kerana lebihan tisu lembut, manakala bahagian atas badan kekal dihalang. Ini menghentikan pemandu daripada bergerak ke hadapan, yang boleh menyebabkan kecederaan maut, menurut para penyelidik tersebut. “Ini menambah satu lagi item dalam senarai panjang akibat-akibat negatif obesiti,”penulis utama, Thomas M. Rice, pakar epidemiologi Transportation Research and Education Center di University of California, Berkeley, memberitahu New York Times. “Ia satu lagi sebab untuk turunkan berat badan.”

2) Telefon mudah alih mungkin bukan penyebab kebanyakan kemalangan kereta

Bercakap di telefon ketika memandu adalah dilarang dan ia dipercayai secara meluas sebagai berbahaya dan boleh menyebabkan kemalangan kereta. Namun begitu, satu kajian yang dijalankan oleh Carnegie Mellon University (CMU) dan London School of Economics and Political Science mencadangkan yang bercakap di telefon ketika memandu tidak meningkatkan risiko perlanggaran. Data kajian yang dianalisa daripada kebanyakan pembekal utama telefon mudah alih dan laporan-laporan kemalangan mendapati yang penggunaan telefon mudah alih tidak semestinya meningkatkan risiko perlanggaran seseorang individu.

Apakah sebab di sebalik penemuan yang bertentangan ini? Menurut Saurabh Bhargava, pembantu profesor sains sosial dan keputusan di Dietrich College of Humanities and Social Sciences CMU, para pemandu mungkin mengimbangi gangguan penggunaan telefon mudah alih dengan memilih bila hendak membuat panggilan atau memandu dengan lebih berhati-hati ketika panggilan. Namun begitu, menggunakan telefon mudah alih masih lagi satu gangguan utama ketika memandu dan ianya boleh menyebabkan kemalangan jalan raya. Di Switzerland, Swiss Council for Accident Prevention menyatakan yang kurang tumpuan oleh pemandu-pemandu adalah sebab utama kemalangan jalan raya yang serius. Pemandu-pemandu kenderaan biasanya terganggu oleh telefon mudah alih, penumpang, papan iklan dan terlalu banyak tanda jalan. Menyimpan telefon anda ketika memandu adalah langkah terbaik, dan perbuatan yang sah untuk dilakukan, untuk mengelak membahayakan nyawa anda dan orang lain ketika berada di jalan raya.

3) Ciri-ciri keselamatan di dalam kereta mungkin tidak mengurangkan kemalangan jalan raya

Baru sahaja membeli kereta baru dengan brek ABS dan beg udara di setiap tempat duduk? Ciri-ciri keselamatan ini mungkin tidak mengurangkan risiko kemalangan jalan raya anda. Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Dr. Fred Mannering dari Purdue University mengenai kemalangan-kemalangan jalan raya di antara 1992 dan 1997, didapati tiada pengurangan besar dalam kemalangan walaupun dengan ciri-ciri keselamatan yang efektif. “Orang ramai mempunyai penerimaan dalam soal tahap keselamatan. Jika mereka berasa lebih selamat kerana beg udara dan brek, mungkin mereka memandu dengan lebih laju atau memasang dan mematikan radio lebih kerap, dengan kata lain, sebagai ganti,” kata Mannering kepada New York Times. Para pemandu dinasihatkan supaya berhati-hati walaupun dengan ciri-ciri keselamatan yang dipasang di dalam kereta mereka.

4) Pemandu-pemandu kereta dipersalahkan bagi kebanyakan kemalangan penunggang motosikal

Menurut Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), kemalangan-kemalangan maut motosikal semakin meningkat dengan jumlah keseluruhan kematian 6,871 di Malaysia dalam 2010. Para pemandu kereta selalu merungut mengenai sikap para penunggang motosikal yang kurang berhati-hati menyelit masuk dan keluar daripada trafik kerana turut membahayakan nyawa mereka. Jadi, siapa yang harus dipersalahkan apabila kenderaan beroda empat dan kenderaan beroda dua bertembung? Menurut kajian Florida Department of Transportation baru-baru ini, para penunggang motosikal adalah betul. Pemandu-pemandu kereta dan trak kebanyakannya melakukan kesalahan, biasanya gagal memberi laluan kepada kenderaan-kenderaan kecil. Ia berbaloi untuk memberi tumpuan lebih dan berhati-hati, terutamanya apabila laluan khas penunggang motosikal tidak tersedia.

5) Para pemandu wanita Malaysia lebih marah tetapi kurang mengalami kemalangan berbanding lelaki

Para pemandu wanita Malaysia didapati lebih marah berbanding lelaki sebagai pemandu, berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS). Namun begitu, walaupun tahap kemarahan mereka tinggi, pemandu wanita mengalami kurang perlanggaran dan maut jalan raya. Karen Goonting, penyelidik MIROS dan pakar psikologi berkata, walaupun dengan kecenderungan mereka untuk berasa lebih marah, terdapat kurang pemandu-pemandu wanita terlibat dalam kemalangan kerana mereka biasanya menyimpan rasa marah mereka. “Lelaki lebih cenderung untuk bertindak dengan kemarahan mereka dan meluahkannya secara fizikal, berbanding wanita. Ia juga mungkin faktor budaya. Biasanya ia tidak diterima bagi wanita Asia untuk bersikap agresif secara terbuka,” kata beliau kepada The Star. Penemuan kaji selidik berikut mungkin mengejutkan tetapi ia sememangnya membantu para pemandu untuk memberi tumpuan lebih dan mengelak sikap berisiko tinggi ketika berada di jalan raya.

GAMBAR-GAMBAR KEMALANGAN


 




Really weird and terrible accidents picture









KES KEMALANGAN JALAN RAYA

 Bong bersama lain-lain pegawai dan anggota yang terlibat mengedarkan Goodies disertakan bersama risalah pesanan keselamatan jalan raya kepada pengguna jalan raya.
 LAHAD DATU: Sebanyak 909 kes kemalangan jalan raya membabitkan 43 kematian direkodkan oleh Jabatan Polis Trafik Cawangan Lahad Datu sepanjang tempoh tahun 2013.
Manakala menurut Pemangku Ketua Polis Daerah ini ASP Bong Khuet Kuin, bagi tempoh sama sepanjang tahun lalu itu, pihaknya juga merekodkan sebanyak 57 kemalangan yang melibatkan cedera parah, 739 melibatkan kes kecederaan ringan dan 68 kes kenderaan rosak.
“Kes yang berlaku adalah melibatkan kawasan hitam yang dikenal pasti kerap berlaku kemalangan dan kebanyakannya melibatkan penunggang motosikal yang dilihat mudah terdedah kepada bahaya jika tidak berhati-hati,” katanya yang ditemui selepas melancarkan Kempen Ops Selamat IV peringkat daerah bertempat di laluan Jalan Lahad Datu-Tawau sempena musim perayaan Tahun Baharu Cina, di sini, semalam.
Kempen itu disertai kira-kira 25 anggota termasuk pegawai dari cawangan Trafik Lahad Datu, Jabatan Pengangkutan Jalan, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Daerah dan SSPDRM.
Sementara itu, Bong mengingatkan pengguna jalan raya supaya sentiasa mematuhi peraturan dan mengutamakan keselamatan jalan raya bagi mengelak berlakunya kemalangan sepanjang musim perayaan Tahun Baharu Cina ini.
Beliau berkata, sikap peka dan prihatin terhadap keselamatan adalah penting dan perlu dipertingkatkan dalam diri pengguna supaya memandu kenderaan dengan berhemah.
“Meskipun pelbagai langkah dan usaha telah diambil bagi mencegah kemalangan jalan raya, namun sikap pengguna jalan raya itu sendiri yang perlu peka dan berhati-hati di jalan raya selain utamakan aspek keselamatan,” katanya.
Kempen yang dilaksanakan itu katanya, adalah bagi mengingatkan para pengguna secara berterusan supaya sentiasa berhati-hati ketika memandu.
Pada kempen itu, kira-kira 100 Goodies yang disertakan bersama risalah pesanan keselamatan jalan raya diedarkan kepada pengguna jalan raya selain khidmat nasihat pemanduan berhemah oleh para pegawai dan anggota yang bertugas.
Tiga kawasan Ops Selamat IV adalah melibatkan laluan pintu keluar masuk ke daerah ini iaitu laluan di Kilometer 5 Jalan Lahad Datu-Tawau, Kilometer 7 Jalan Lahad Datu-Sandakan dan di Kilometer 4 Jalan Lahad Datu–Tungku.

SAMSENG JALANAN

Sengaja cari nahas copy

TIPS UNTUK PEMANDU REMAJA



Tips Untuk Pemandu Remaja Yang Baru Dapat Lesen