Dewasa ini masalah
ponteng sekolah semakin meruncing.
Bincangkan faktor-faktor
yang menyebabkan pelajar ponteng sekolah.
Perbuatan ponteng sekolah merupakan
salah laku yang serius oleh pelajar. Terdapat pelbagai faktor yang menarik
mereka untuk terjerumus dalam gejala ini. Gejala ini mendapat perhatian pihak
media, masyarakat, badan-badan bukan kerajaan, dan sebagainya. Malah, pihak
polis turut turUn padang
bagi membantu pihak sekolah untuk mengesan pelajar yang ponteng sekolah.
Salah satu faktor yang menyebabkan
pelajar ponteng sekolah ialah tiada motivasi diri. Selain itu, pelajar terbabit
kurang mengambil berat akan kepentingan pelajaran. Mereka malas dan bosan untuk
bersekolah dan menganggap persekolahan sebagai bebanan dan bukannya tanggungjawab.
Dalam pada itu, golongan pelajar ini akan berusaha untuk mendapatkan geng yang
akan ponteng bersama-sama dengannya. Mereka akan cuba memujuk rakan-rakan yang lain
dengan pelbagai cara dan kaedah pujukan. Bagi pelajar yang goyah pendiriannya,
dia akan mudah terpengaruh dengan ajakan tersebut.
Selain itu, ibu bapa juga menjadi
penyumbang kepada kegiatan ponteng sekolah anak-anak mereka. Hal ini demikian
kerana terdapat ibu bapa yang kurang memberi perhatian terhadap pelajaran
anak-anak mereka. Kesibukan bekerja telah mengekang masa ibu bapa untuk bersama
anak-anak. Kesempatan ini diambil oleh anak-anak untuk ponteng sekolah tanpa
dapat dikesan oleh ibu bapa mereka.
Di samping itu, sikap guru-guru
dikatakan juga sebagai antara punca pelajar ponteng sekolah. Guru-guru yang
mengajar secara sambilewa tanpa menitikberatkan kefahaman pelajar menyebabkan
sesetengah pelajar tidak tertarik pada pelajaran yang disampaikan. Mereka
berasa bosan dengan apa yang disampaikan oleh guru. Maka, ponteng sekolahlah
tindakan yang diambil oleh mereka.
Kini, gejala ponteng sekolah menjadi
masalah yang mencabar kewibawaan sekolah. Di pihak pelajar pula, mereka
seolah-olah menempah kegagalan dalam persekolahan dan masa depan mereka dengan
melibatkan diri dalam gejala ponteng sekolah. Oleh hal yang demikian, semua
pihak bertanggungjawab untuk mencari jalan keluar bagi megatasi masalah ponteng
sekolah ini.
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamTerima Kasih
BalasPadamTerbaik la
BalasPadamSo perbincangan adalah macam fakta sikit kan ?
BalasPadamAni sangat memakna untuk pelajar
BalasPadamulasan saya gemar sekali
BalasPadamulasan saya gemar sekali
BalasPadamulasan saya gemar sekali
BalasPadamulasan saya gemar sekali
BalasPadamNasib baik tak kene rotan
BalasPadamterima kasih
BalasPadamContoh Karangan Perbincangan (Pelajar Ponteng Sekolah) sesuai untuk tingkatan apa?
BalasPadamTingkatan 2 kot...
PadamBijok la
BalasPadamTerima kasih
BalasPadamSebelum ke sekolah kita diminta berserapan dahulu
BalasPadamMacam pendapat sikit kan?? Karangan ni??
BalasPadamSya sangat suka dgan karangan ini krana senang untuk memahami
BalasPadamsaya suka karangan ni
BalasPadamBolehlah
BalasPadamTerima kasih berguna sangat 😊
BalasPadamTerima kasih
BalasPadamkontol
BalasPadamsangat membantu
BalasPadamSangat bagus
BalasPadamOk
BalasPadam