Menjelang peperiksaan
pelajar selalu menghadapi tekanan dalam mengulang kaji pelajaran.
Huraikan langkah-langkah
yang perlu dilakukan oleh pelajar untuk
menghadapi peperiksaan.
Kedatangan
bulan Oktober dan bulan November setiap akhir tahun kadangkala menakutkan
sesetengah pelajar. Ada
sesetengah pelajar pula menganggap inilah masa yang ditunggu-tunggu. Pada
ketika inilah banyak cabaran besar yang akan diharungi oleh mereka. Penilaian
Menengah Rendah, Sijil Pelajaran Malaysia
dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia
merupakan tiga peperiksaan utama dalam sistem pendidikan negara pada peringkat
sekolah menengah yang akan mencabar pelajar sekalian.
Pada saat-saat menjelang
peperiksaan, pelajar harus sering berada dalam keadaan yang tenang dan sentiasa
melapangkan fikiran. Jangan mencari masalah, contohnya menyakiti hati ibu bapa.
Jika keadaan ini berlaku, pelajar akan berasa bersalah dan tertekan. Hal ini
akan menganggu tumpuan pelajar semasa menghadapi peperiksaan. Oleh itu, pada
situasi ini, pelajar harus sentiasa tenang dan menjaga hubungan semua pihak
agar tidak timbul masalah yang boleh menganggu tumpuan pelajar.
Pelajar juga perlu mendapatkan
pandangan dan panduan daripada guru tentang topik yang perlu diberikan
perhatian. Guru mungkin sudah membuat analisis yang mendalam tentang bentuk
soalan yang dijangka akan dikemukakan semasa peperiksaan. Langkah ini dapat
menjimatkan masa pelajar untuk mengulang kaji dan memberikan lebih tumpuan
kepada topik yang penting. Pelajar dinasihatkan membuat analisis tentang bentuk
soalan yang telah dikeluarkan sebelumnya. Gabungan analisis pelajar dan guru
pasti membuahkan hasil yang baik. Daripada contoh soalan yang dianalisis,
pelajar perlu menjawab soalan tersebut mengikut skema jawapan semasa
peperiksaan sebenar. Kaedah ini dapat dijadikan latih tubi oleh pelajar dalam
menjawab soalan peperiksaan sebenar.
Tidur yang mencukupi juga amat
penting semasa minggu peperiksaan. Hal ini demikian kerana tidur yang mencukupi
membolehkan pelajar mendapat rehat yang cukup sebelum peperiksaan berlangsung.
Hal ini bagi menjamin pelajar dapat menjawab peperiksaan dengan lebih tenang
dan selesa. Jangan berjaga hingga lewat malam untuk aktiviti yang tidak
berfaedah. Ingat, kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Masa depan
pelajar bergantung pada usaha pelajar sekarang.
terima kasih, ia amat membantu saya mengulangkaji untuk memperbaikkan karangan saya hehehe^^
BalasPadam