1.4
KATA TUGAS
-
Kata tugas ialah
kata yang tidak dapat berdiri sendiri tanpa bantuan kata-kata lain.
-
Ada beberapa jenis kata tugas dalam bahasa Melayu baku iaitu :-
1. Kata bilangan
2. Kata keterangan
3. Kata sendi nama
4. Kata hubung
5. Kata tanya
6. Kata seru
7. Kata arah
8. Kata bantu
9. Kata nafi
10.
Kata penegas
11.
Kata pemeri
12.
Kata penguat
1.
Kata Bilangan
-
Merupakan salah
satu golongan kata tugas yang digunakan utuk menyatakan bilangan atau banyaknya
sesuatu.
-
Terbahagi kepada
6 jenis iaitu:-
i.
Kata bilangan
tentu
ii.
Kata bilangan tak
tentu
iii.
Kata bilangan
himpunan
iv.
Kata bilangan
pisahan
v.
Kata bilangan
pecahan
vi.
Kata bilangan
tingkat
i.
Kata Bilangan Tentu
-
Kata bilangan
tentu atau kata bilangan kardinal digunakan untuk menunjukkan bilangan yang
tentu seperti satu, dua, tiga, empat, sembilan, sejuta dan sebagainya.
-
Kata bilangan
tentu perlu digunakan bersama-sama dgn penjodoh bilangan untuk menghitung
sesuatu kata nama konkrit.
-
Contoh
Kesalahan
|
Pembetulan
|
·
dua buaya
·
enam guru
·
dua puluh rumah
|
·
dua ekor buaya
·
enam orang guru
·
dua puluh buah
rumah
|
ii.
Kata Bilangan Tak Tentu
-
Digunakan untuk
menerangkan bilangan yang tidak tentu seperti beberapa, berbagai-bagai-bagai,
pelbagai, para, semua, segala, seluruh, sekalian, sebilangan, segelintir dan
sebagainya.
-
Selain beberapa,
kata bilangan tak tentu tidak perlu dikuti oleh penjodoh bilangan. Contoh :-
-
Contoh
Kesalahan
|
Pembetulan
|
·
beberapa murid
·
para orang
menteri
·
segala ekor
haiwan
·
seluruh buah
kampung
·
semua orang
warganegara
·
setengah-setengah
orang pelajar
|
·
beberapa orang
murid
·
para menteri
·
segala haiwan
·
seluruh kampung
·
semua
warganegara
·
setengah-setengah
pelajar
|
CATATAN
- Kata bilangan tak tentu para harus dibezakan
penggunaannya daripada kata ganda para-para yang bermakna “rak”
Contoh
Kesalahan
|
Pembetulan
|
·
para-para
pelajar
·
para-para
penonton
·
para-para ibu
bapa
|
·
para pelajar
·
para penonton
·
para ibu bapa
|
-
Perlu diingat
bahawa kata bilangan tak tentu para tidak boleh digunakan untuk golongan yang
dianggap redah taraf sosialnya.
Contoh
Kesalahan
|
Pembetulan
|
·
para perompak
·
para penjahat
·
para pengganas
|
·
semua perompak
·
semua penjahat
·
semua pengganas
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan