1. Salah satu syarat untuk diterima masuk ke
institusi pengajian tinggi ialah
aktif dalam kegiatan kokurikulum di sekolah. Pada pendapat anda, mengapakah semua pelajar diwajibkan menyertai
kegiatan kokurikulum di sekolah?
Pendahuluan
·
Aktiviti kokurikulum
terbahagi kepada beberapa kategori iaitu persatuan dan kelab, pasukan pakaian seragam
dan sukan.
·
Pelajar diwajibkan menyertai setiap kategori.
·
Pelajar
bukan sahaja menumpukan perhatian dalam bidang akademik tetapi perlu
terlibat dengan kegiatan kokurikulum.
Isi-isi penting
·
Melahirkan pelajar yang, sihat dari segi
fizikal dan mental.
·
Aktiviti kecergasan dapat mcnyihatkan tubuh
badan
·
Melahirkan pelajar yang sihat
·
Melahirkan pelajar yang berkeyakinan.
·
Memenuhi masa lapang dengan aktiviti
yang berfaedah - memberi peluang
bergaul dengan rakan sebaya –
mengelakkan gejala negatif di luar sekolah.
·
Memupuk nilai nilai murni
melalui aktiviti yang dijalankan seperti perkhemahan
dan lawatan – diajar merancang dan mengendalikan tugas.
Kesimpulan
·
Ibu bapa wajar
menggalakkan anak -anak melibatkan diri dalam
kegiatan kokurikulum - tidak menghalang anak-anak dan
mengikis tanggapan bahawa kegiatan kokurikulum membazir masa.
·
Jangan menuding jari
kepada mana-mana pihak jika anak-anak tidak diterima masuk ke IPT dengan
alas an tidak pernah menyertai kegiatan kokurikulum.
2.
Kemasukan pendatang asing ke negara kita semakin bertambah. Bincangkan kesan-kesan kemasukan pendatang asing
kepada Negara
Pendahuluan
·
Anggapan bahawa Malaysia
sebagai penyelesai masalah untuk menyara
kehidupan.
·
Kestabilan politik dan ekonomi menyumbang
kepada keharmonian – negara asal pendatang asing menghadapi pelbagai masalah.
Isi-isi penting
·
Kebaikannya – dapat
mengatasi masalah kekurangan tenaga kerja berikutan pertumbuhan
ekonomi yang pesat –pendatang asing tidak
memilih pekerjaan dan kadar upah yang
diberikan rendah.
·
Majikan suka
menggunakan tenaga pekerja asing kerana mereka mudah diberi arahan – bekerja
tanpa mengira waktu.
·
Keburukannya – mereka cenderung untuk
melakukan kegiatan-kegiatan jenayah
berikutan daripada desakan hidup – rakyat tempatan menjadi mangsa
kekejaman mereka.
·
Timbul masalah penempatan – muncul rumah setinggan – menjejaskan
imej negara.
Penutup
·
Kemasukan pendatang asing perlu dikawal – tindakan tegas
kepada pendatang
asing yang melanggar peraturan – jika dibiarkan mungkin negara kita akan dibolot oleh pendatang asing.
3. Masalah pencemaran sungai masih lagi melanda negara
ini. Pelbagai cara telah dijalankan untuk
mengurangkan masalah pencemaran sungai. Nyatakan kesan-kesan pencemaran sungai
jika tidak diatasi segera.
Pendahuluan
·
Masalah
pencemaran sungai tidak pernah berhenti diperkatakan kerana sungai tidak hebas
daripada pcncemaran.
·
Pencemaran tetap berlaku walaupun pelbagai langkah telah diambil.
Isi-isi Penting
·
Air
ialah keperluan hidup manusia, sungai tercemar bermaksud menggunakan air yang
tercemar untuk menyediakan makanan dan minuman mereka.
· Pelbagai
penyakit timbul seperti dan glaukoma, iaitu sejenis penyakit buta yang disebabkan
kekurangan air bersih bagi kegunaan seharian.
· Mengganggu rantaian
makanan manusia dan haiwan.
·
Kepupusan
ikan boleh mengurangkan sumber protein manusia.
·
Penutup
·
Menjaga kebersihan
adalah tanggungjawab bersama kerana sungai tercemar bermakna
kehidupan juga tercemar.
4. Sahabat
pena anda di luar negara telah meminta anda menceritakan sambutan Hari Kebangsaan yang diraikan oleh rakyat Malaysia. Balas surat itu bagi
memenuhi permintaannya.
Pendahuluan
·
Format:
surat kiriman tidak
rasmi.
·
Mengucapkan terima kasih kerana sudi menghantar surat kepada anda – gembira
menerima surat.
Isi-isi Penting
·
Sambutan Hari Kebangsaan diadakan pada 31 Ogos setiap tahun.
·
Perarakan diadakan – disertai oleh pasukan keselamatan negara – badan-badan
tertentu – meriah – pelbagai pakaian seragam dapat dilihat.
·
Orang ramai akan datang menyaksikan perarakan tersebut – meriah
·
Semua pemimpin negara yang akan berkumpul pada hari tersebut – mesra
rakyat.
·
Semangat
patriotik dapat dilihat dalam kalangan rakyat Malaysia – menyertai perarakan
–
memberi kerjasama yang jitu – mcnunjukkan
perpaduan rakyat Malaysia.
Penutup
·
Menamatkan
surat –
mengajak rakan anda datang menvaksikan sendiri sambutan Hari Kebangsaan di
Negara ini. Berharap agar hubungan mereka berkekalan.
5. Guru kelas anda akan melanjutkan pelajaran ke luar
negara. Kelas anda telah mengadakan majlis
jamuan perpisahan untuk meraikannya. Anda ditugaskan untuk menyampaikan ucapan
dalam majlis tersebut. Tulis ucapan anda itu selengkapnya.
Pendahuluan
·
Format
ucapan
·
Kata alu-aluan
·
Mengucapkan terima kasih guru-guru dan rakan-rakan sekelas sudi hadir.
Isi-isi Penting
·
Melahirkan rasa sedih
kerana terpaksa berpisah dengan beliau.
·
Memohon
agar beliau masih sudi menjenguk sekolah dan mencurahkan
bakti kepada sekolah selepas tamat belajar nani.
·
Mendoakan
kejayaan beliau.
Penutup
·
Semoga
beliau masih sudi memberi tunjuk ajar.
·
Selitkan
pantun yang sesuai.
6. Baru-baru ini anda dan keluarga telah hercuti di
sebuah pusat peranginan yang terkenal di negara ini.
Anda dan
keluarga menginap di sebuah hotel. Semasa anda berada di situ, satu kejadian mencemaskan berlaku apabila seorang kanak-kanak hampir
lemas di kolam renang hotel itu. Gambarkan peristiwa tersebut.
Pendahuluan
· Setiap
kali cuti sekolah, bapa akan membawa kami bercuti ke tempat-tempat
menarik.
· Bercuti
di Kelantan.
Isi-isi penting
· Menginap di hotel
· Ayah membawa
mandi-manda di pantai.
·
Mandi dalam kolam renang hotel -ibu bapa mengawal kami.
· Seorang
budak berusia 5 tahun teriatuh
ke dalam kolam renang orang dewasa - ibu bapa mereka leka membaca surat khabar.
· Suasana
kelam-kabut -ibu bapa kanak-kanak itu menangis dan
menjerit-jerit meminta tolong - penyelamat
terjun
menyelamatkan keadaan.
·
Kanak-kanak itu diselamatkan - Ibu bapa kanak-kanak itu berterima kasih -
kanak-kanak dibawa ke hospital berhampiran.
Penutup
· Ayah
dan ibu menasihati kami supaya jadikan peristiwa itu sebagai pengajaran.
7. Anda telah menyertai
satu ekspedisi di sebuah hutan anjuran sebuah persatuan di sekolah
anda. Tanpa anda sedari, anda telah terpisah daripada kumpulan anda. Ceritakan
pengalaman anda sehingga anda ditemui
Pendahuluan:
- Sentiasa menyertai aktiviti anjuran Kelab Kembara.
- Daripada membuang masa lebih baik menyertai aktiviti berfaedah
- Ibu bapa pula memberi galakan
Isi-isi:
·
Telah
mengikuti ekspedisi ke Hutan Lipur Sungai Congkak.
-Guru penasihat
mengingatkan kami akan pentingnya mematuhi disiplin
-Kami mendengar
nasihat dengan penuh perhatian
· Peserta seramai 32 orang memulakan ekspedisi dengan doa selamat
-Mendaki anak
bukit dan meredah hutan
-Suasana begitu
mendamaikan perasaan
- Kelemahanku ialah mudah leka
-Dari barisan tengah kini berada di barisan belakang
-Tanpa sedar, sudah terpisah dengan rakan-rakan
- Menjerit untuk menarik perhatian rakan
-Tidak berani terus menjerit bimbang akan binatang buas
-Duduk berfikir dan terdengar deruan air terjun
- Segera menuju ke arah air terjun
-Teringat
pesanan datuk sekiranya sesat perlu menyusuri sungai
-Akhirnya
menemui perkampungan orang Asli
Penutup:
- Orang Asli itu berjanji akan menunjukkan jalan keluar.
- Yakin akan keikhlasan orang Asli itu
- Pengalaman ini boleh dijadikan pengajaran
8. Sekolah anda telah menganjurkan Hari Keluarga. Banyak aktiviti
dijalankan pada hari tersebut. Tulis suasana dan gambaran pada hari tersebut
Pendahuluan:
- Setiap sumbangan dapat membantu orang lain.
- Kata-kata azimat daripada pengetua
- Mengakui kerana PIBG akan membeli komputer hasil sumbangan orang ramai
Isi-isi
penting
·
PIBG menganjurkan Hari
Keluarga di perkarangan sekolah
- Ucapan
perasmian dilakukan oleh Yang Dipertua PIBG
- Pelbagai Aktiviti
menarik telah diadakan
·
Acara melibatkan pelajar
dan ibu bapa
-Setiap aktiviti menerima sokongan padu daripada orang ramai
-Penyertaan dihadkan dan suasana begitu riuh
·
Di kantin diadakan
jualan pelbagai jenis barang
- jualan diusahakan oleh PIBG dan kaum ibu
- Terdapat jualan berupa
barangan terpakai
·
Diadakan acara
persembahan di dewan besar
- Pertandingan nyanyian khusus untuk ibu bapa
- Diselangi dengan persembahan kebudayaan
·
Pembahagian
hadiah untuk mereka yang berjaya
- Seorang dermawan
menyumbang RM 10 ribu
- Kutipan keseluruhan
melebihi RM50 ribu
Penutup:
·
Aktiviti
mencapai objektifnya
·
Pengetua
begitu gembira
·
Terbayang akan
pertambahan komputer seperti yang diharap-harapkan
9. Anda bertugas sebagai
wartawan di sebuah akhbar tempatan. Anda ditugaskan untuk membuat berita
tentang satu kes penculikan.
Tulis berita
tersebut
Pendahuluan:
- Dua lelaki berjaya diberkas oleh polis.
- Sebelum ditangkap, berlaku peristiwa tembak-menembak
- Yang terlibat lelaki India dan Melayu
Isi-isi:
·
Operasi
memberkas hasil maklumat orang ramai
- Orang ramai
mengetahui hasil penyiaran berita di media massa
- Pasukan polis
segera ke tempat penculik
·
Kereta peronda mengejar
kereta penculik hingga ke Jalan Semarak
- Kedua-dua lelaki itu meninggalkan kereta
- Tetapi pasukan polis berjaya melepaskan tembakan
·
Mangsa di dalam kereta
dalam keadaan selamat
- Mangsa dalam keadaan lemah dan sedang menerima rawatan
- Polis yakin tiga lelaki lagi yang disyaki masih bebas
·
Hasil tinjauan mangsa
dalam keadaan lemah
- Keluarga melarang
wartawan mendekati mangsa
- Keluarga mangsa
merakamkan penghargaan kepada wartawan
·
Apabila keadaan pulih,
keluarga mangsa akan menghubungi wartawan dan polis
- Bangga atas
pengorbanan wartawan dan polis
- Usaha ini patut
disanjung tinggi
Penutup:
·
Orang ramai melahirkan
rasa syukur
·
Dapat mengelakkan
kejadian penculikan yang semakin pesat
·
Keberanian keluarga
mangsa melaporkan penculikan kepada polis amat disanjung tinggi
10. Anda telah
terpilih sebagai Ketua Pelajar. Dalam satu perhimpunan sekolah, anda diminta menyampaikan ucapan.
Sediakan teks
ucapan anda itu sepenuhnya
Pendahuluan:
- Ucapan alu-aluan
- Lafaz salam sejahtera
- Bangga kerana diberi peluang berucap
Isi-isi:
·
Terharu dilantik sebagai
Ketua Pelajar
- Lebih senang menjadi pengawas sahaja
- Pelantikan ini sebagai satu amanah
·
Menjalankan tugas
mengikut peraturan
- Ada pelajar yang tidak
senang apabila dikenakan tindakan
- Bangga guru disiplin
terus memberi keyakinan
·
Menerima saya dan
pengawas yang lain dengan hati terbuka
- Apa yang kami lakukan
hanya menjalankan tugas
- Sentiasa menerima
teguran untuk kebaikan diri
·
Memohon maaf kerana
lewat masuk ke kelas disebabkan menjalankan tugas
- Apa yang dilakukan untuk memastikan pelajar lebih berdisiplin
- Kami berjanji tidak sesekali mengabaikan pelajaran
·
Tahun ini disiplin
pelajar lebih baik
- Berharap pencapaian akademik juga baik
- Kejayaan merupakan hadiah untuk guru dan ibu bapa
Penutup:
·
Empat rangkap gurindam
·
Sebagai kanak-kanak
kecil yang sering terdedah dengan kesilapan
·
Berilah kepercayaan
kepada kami untuk menjalankan tugas
maaf mengga
BalasPadamʜᴀʀᴀᴘᴋᴀɴ ᴛᴀɴᴀᴍ
BalasPadamᴛᴀᴍᴀɴ ᴍᴀᴋᴀɴ ᴘᴀᴅɪ