
1.2
KATA
KERJA
-
Kata kerja digunakan untuk menunjukkan
menunjukkan sesuatu perbuatan atau keadaan melakukan sesuatu.
-
Ada
dua jenis kata kerja iaitu :

*
Kata kerja tak transitif
*
Kata kerja transitif
Kata Kerja Tak Transitif (KKTT)
-
KKTT ialah kata kerja yang sudah sempurna
maknanya dan dapat berdiri sendiri dalam ayat dengan tidak memerlukan objek
Bentuk Kata Kerja Tak Transitif
|
Contoh
|
Kata kerja asal (tanpa imbuhan)
|
duduk, jatuh, lari, mati, patah,
nampak
|
Kata kerja berawalan beR-
|
berbahas, berkawan, berlakon,
bersukan
|
Kata kerja berawalan meN-
|
mengalir, membangun, membesar,
menari
|
Kata kerja berawalan teR-
|
tercengang, teringat, ternampak,
tertidur
|
Peringatan
Haruslah diingat bahawa kata sndi nama mestilah diletakkan
selepas kata kerja tak transitif sekiranya ada frasa nama yang mengikutinya.
(KKTT + KSN + FN)
Contoh Kesalahan (X)
|
Pembetulan (_/)
|
Adiknya sedang tidur buaian
|
Adiknya sedang tidur
di dalam buaian
|
Abang akan balik kampung hari Sabtu ini.
|
Abang akan balik ke
kampung hari Sabtu ini.
|
Kami sedang berbincang perkara itu.
|
Kami sedang berbincang
tentang perkara itu.
|
Gadis itu tersenyum saya.
|
Gadis itu tersenyum
kepada saya.
|
Kata Kerja Transitif (KKT)
-
KKT memerlukan frasa nama sebagai objek.
-
KKT tidak dapat berdiri sendiri tanpa objek.
Subjek
|
Predikat
|
|
KKT
|
Objek
|
|
Dia
|
membantu
|
orang miskin
|
Ibu bapa
|
mendidik
|
kita
|
Kami
|
menyertai
|
rombongan itu
|
Beliau
|
merasmikan
|
pesta budaya itu
|
Catatan
KKT menjadi tidak sempurna atau
tergantung sekiranya objek selepas KKT digugurkan. Hal ini demikian kerana kita tidak dapat
memahami maksud ujaran-ujaran tersebut.
Kata Kerja Terbitan
Kata Kerja Terbitan ialah kata kerja yang asalnya bukan daripada
golongan kata kerja. Kata kerja terbitan dapat dibentuk daripada golongan kata
nama dan kata adjektif dengan menggunakan imbuhan seperti beR-, teR-, meN-,
meN-…-i, meN-…-kan, mempeR-, mempeR-…-i, mempeR-…-kan dan sebagainya.
Daripada
|
Kata Dasar
|
Kata Kerja Terbitan
|
kata nama
|
anak, bajak, hati, jalan, surat, ubat
|
beranak, membajak, memperhatikan,
mengubati
|
kata adjektif
|
baik, besar, cantik, ganas,
maju,
|
membaiki, membesar, tercantik,
memajukan, tertinggi
|
kata sendi nama
|
oleh, untuk
|
memperolehi, memperuntukkan
|
kata hubung
|
kecuali, serta
|
mengecualikan, menyertai
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan