Rabu, 28 Ogos 2013

TATABAHASA GOLONGAN KATA



BAB 1 :      GOLONGAN  KATA

Golongan kata dalam bahasa Melayu dapat dibahagikan kepada 4 golongan utama iaitu :-

  1. Kata Nama      2.  Kata Kerja       3. Kata Adjektif      4. .Kata Tugas
1.1            KATA NAMA

-          Kata nama ialah kata yang menyatakan nama benda, haiwan, manusia dan tempat.
-          Terbahagi kepada 4 jenis iaitu
i.                    Kata Nama Am
ii.                  Kata Nama Khas
iii.                Kata Nama Terbitan
iv.                Kata Ganti Nama

i.                    Kata Nama Am
Kata nama am digunakan untuk menyebut nama benda, haiwan, manusia dan tempat secara umum.

Contoh :

Kata Nama Am
Contoh
Contoh Penggunaan dalam Ayat
Benda
almari, buku, cawan, kereta
Siti suka menonton televisyen
Haiwan
burung, kucing, harimau
Adik suka bermain dengan kucing
Manusia
askar, guru, pelajar, doktor
Pelajar itu sedang bersenam
Tempat
Bandar, klinik, surau, taman
Mereka bersiar-siar di taman bunga.

PERINGATAN : Kata nama am ditulis dengan huruf  kecil kecuali pada awal ayat.

ii.                  Kata Nama Khas

Kata Nama Khas digunakan untuk menyatakan nama benda, haiwan, manusia dan tempat yang tertentu.  Huruf pertama kata nama khas mesti dieja dengan huruf besar.

Contoh :

Kata Nama Khas
Contoh
Contoh Penggunaan
dalam Ayat
benda
Casio, Parker, Proton Waja
Ayah membeli sebuah kereta Proton Waja
haiwan
Pak Belang, Si Comel, Sang Kancil, Sang Rangkak
Kucing Siti itu bernama Si Comel
manusia
Nabilah, Nazihah, Naufal, Hee Lan, Selvi
Nabilah bekerja sebagai doktor
tempat
Pasir Mas, Machang, Kelantan, Johor Bahru
Keluarganya berasal dari Kelantan
iii.                Kata Nama Terbitan

Kata nama terbitan terbentuk daripada kata nama, kata kerja, kata adjektif, kata sendi nama dan kata hubung, dengan diberi imbuhan peN-, -an, ke-..-an, peN-..-an, peR-..-an dan bagainya.


Daripada
Kata Dasar
Kata Nama Terbitan
kata nama
berita, dasar, menteri, pasar
pemberita, daratan, kementerian
kata kerja
baca, soal, tulis, bangun,
pembaca, soalan, pembangunan
kata adjektif
bulat, manis, jujur, kaya
bulatan, pemanis, kekayaan
kata sendi nama
oleh, untuk
perolehan, peruntukan
kata hubung
kecuali, serta
kekecualian, penyertan

iv.                Kata Ganti Nama

Kata ganti nama ialah kata yang digunakan untuk mengantikan kata nama.  Kata ganti nama terbahagi kepada beberapa golongan, iaitu :-
      Kata Ganti Nama Diri
      Kata Ganti Nama Tunjuk
      Kata Ganti Nama Tanya
      Kata Ganti Nama Tempat
      Kata Ganti Nama Tak Tentu


Kata Ganti Nama Diri

            Digunakan untuk menggantikan nama seseorang.  Kata ganti nama ini digunakan   khas untuk manusia.
            Ada 3 jenis kata ganti nama diri :-

1.      Kata Ganti Nama Diri Pertama
2.      Kata Ganti Nama Diri Kedua
3.      Kata Ganti Nama Diri Ketiga

1.      Kata Ganti Nama Diri Pertama
-          Digunakan untuk diri orang yang bercakap, Kata Ganti nama diri ini terbahagi kepada 2 iaitu :-
  • Bentuk tunggal
  • Bentuk jamak

Bentuk
Contoh Kata Ganti Nama Diri Pertama
Tunggal
saya, aku, beta, hamba, patik
Jamak
kami, kita



2.      Kata Ganti Nama Diri Kedua
-          Digunakan untuk diri orang yang dilayan atau diajak bercakap.

Bentuk
Contoh Kata Ganti Nama Diri Kedua
Tunggal
anda, awak, engkau, kamu
Jamak
Anda sekalian, awak semua, kamu berdua,


3.      Kata Ganti Nama Diri Ketiga
-          Digunakan untuk diri orang yang dicakapkan halnya.

Bentuk
Contoh Kata Ganti Nama Diri Kedua
Tunggal
dia, ia, beliau, baginda
Jamak
mereka


Penggunaan Kata Ganti Nama Diri

KGN Diri Pertama
Penggunaan
Saya
-          berhadapan dengan orang yang baru dikenali / orang asing
-          dengan teman-teman
-          suasana rasmi
Aku
-          hubungan rapat, mesra, dan sedarjat serta doa kepada tuhan.
-          Tidak boleh digunakan untuk orang – orang tua, majlis rasmi serta surat menyurat rasmi.

Beta
-          Digunakan oleh raja dan sultan
Patik
-          Orang biasa ketika bertutur dengan raja dan sultan.
Kami
-          Merujuk orang yang bertutur tetapi tidak termasuk orang yang menjadi teman berbicara.
Kita
-          Merujuk orang yang betutur dan menjadi teman bertutur.

KGN Diri Kedua
Penggunaan
anda
-          Tidak ada hubungan langsung atau pertemuan bersemuka seperti iklan, surat pekeliling.
awak
-     teman sebaya, atau kawan rapat
engkau
-          Dua pihak yang rapat dan untuk tuhan.
-          Tidak boleh diguanakan untuk orang yang lebih tua umurnya atau lebih tinggi tarafnya.
kamu
-          Digunakan oleh orang dewasa spt ibu bapa, guru kepada kanak-kanak.




KGN Diri Ketiga
Penggunaan
dia / ia
-          Untuk orang biasa kepada umum.
-          Tidak sesuai untuk orang yang berpangkat tinggi
beliau
-          orang yang terhormat, mulia, dan berjasa spt ibu bapa, guru, menteri, pahlawan.
-          Tidak boleh digunakan untuk pencuri, penjenayah, kanak-kanak.
baginda
-          Digunakan untuk raja atau sultan
mereka
-          Diri orang ketida dan bilangannya lebih daripada seorang.

BENTUK KATA GANTI NAMA DIRI

Ada dua bentuk ata ganti nama diri dalam bahasa Melayu iaitu :-

1. Bentuk penuh                      2. Bentuk singkat

Bentuk Penuh
Bentuk Singkat
aku
engkau
kamu
dia / ia
ku
kau
mu
nya
Catatan
  • Kata ganti nama diri singkat mesti ditulis serangkai dengan kata dasar
·         Kata ganti nama diri penuh mesti ditulis terpisah sebagai kata yang berasingan

Kata ganti nama diri singkat ku- dan mu- sebagai awalan pembentuk kata kerja pasif ditulis serangkai dengan kata dasar atau kerja tanpa awalan.

ku-
kau-
ku-
kau-
kubaca
kudengar
kuletakkan
kauambil
kaubawa
kauhadapi
Kupeluk
kurenung
kuterima
kaukatakan
kaunantikan
kuserahkan

Kata ganti nama dri singkat –ku, -mu, dan –nya sebagai objek atau pemilik ditulis serangkai dengan kata yang mendahuluinya.


-ku
-mu
-nya
gambarku
htiku
mataku
pandanganku
tanganku
wajahku
ayahmu
bukumu
datukmu
emakmu
kepadamu
suratmu
anaknya
fikirannya
gelengannya
kecacatannya
kepadanya
sekolahnya


Catatan

Kata ganti nama diri singkat –mud an –nya bagi nama Tuhan mengunakan huruf besar sebagai huruf pertama dan ditulis dengan menggunakan tanda sempang (-)

  • Bimbinglah hamba-Mu, ya Tuhanku.
  • Mereka memohon rahmat-Nya dan petunjuk-Nya.

Peringatan

   Kata ganti nama diri singkat tidak boleh digunakan sebagai subjek.  Hanya kata ganti nama diri penuh boleh bertugas sebagai subjek.

Contoh Kesalahan
Pembetulan
  • Ku pergi sekarang juga.
  • Ku menerima sepucuk  surat pagi tadi.
  • Kau harus membeli buku itu.
  • Aku pergi sekarang juga.
  • Aku menerima sepucuk surat pagi tadi.
  • Engkau harus membeli buku itu.

Kata Ganti Nama Tunjuk

Kata ganti nama tunjuk digunakan untuk menunjukkan benda, haiwan, manusia, dan tempat.
   i.       ini                    Menunjukkan sesuatu yang dekat
   ii.      itu                    Menunjukkan sesuatu yang jauh

Sebagai subjek ayat
Sebagai Penentu
*   Ini buku
*   Itu guru tingkatan saya
* Buku ini kepunyaan saya
* Orang itu guru tingkatan saya.

Kata Ganti Nama Tanya

Digunakan untuk menanyakan benda, haiwan. manusia, masa, tempat dan jumlah atau bilangan. 

Peringatan

Jika kata ganti nama tanya digunakan di hadapan ayat, kata penegas –kah mesti digunakan dalam bahasa tulisan yan baku

KGN TANYA
Penggunaan
Contoh Ayat
apa
untuk benda dan haiwan
Bungkusan itu apa?
Apakah binatang yang bertanduk itu?
siapa
untuk manusia
Guru bahasa Melayu kamu siapa?
Siapakah guru bahasa Melayu kamu?
bila
untuk masa
Hari jadi kamu bila?
Bilakah hari jadi kamu?
mana
untuk tempat dan benda
Tempat tinggal kamu mana?
Manakah yang lebih bernilai, emas atau intan?
berapa
menanyakan jumlah
Harga baju ini berapa?
Berapakah halaman buku itu?


Kata Ganti Nama Tempat

Digunakan untuk menunjukkan kedudukan sesuatu tempat

Kata Ganti Nama
Tempat
Penggunaan
Contoh Ayat
sini
Tempat yang dekat
Kami sudah bosan tinggal di sini.
sana
Tempat yang jauh atau agak jauh
Mereka selalu pergi ke sana.
situ
Tempat yang tidak begitu jauh
Kawasan di situ sungguh bising.

Kata Ganti Nama Tak Tentu (Ganti Nama Umum)

Digunakan untuk menggantikan benda, manusia, masa, tempat atau hal yang tidak khusus. Kata ganti nama tak tentu terbentuk dengan pengulangan kata ganti nama tanya iaitu :-

Kata Ganti
Nama Tanya
Kata Ganti Nama Tak Tentu
Penggunaan
Contoh Ayat
apa
apa - apa
Menggantikan benda / hal yang tidak khusus
Kami menyokong apa-apa sahaja yang baik
Tidak ada apa-apa di dalam beg itu.
siapa
siapa-siapa / sesiapa
Menggantikan manusia yang tidak khusus
Sesiapa yang melakukan kesalahan akan didenda.
bila
bila-bila
Menggantikan masa yang tidak khusus
Kamu boleh mengambilnya bila-bila masa sahaja.
mana
mana-mana
Mengantikan tempat / hal yang tidak khusus
Mana-mana yang baik, jadikanlah teladan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan