Rabu, 28 Ogos 2013

TATABAHASA : KATA ADJEKTIF



1.3     KATA ADJEKTIF

-          Kata adjektif atau kata sifat (sifat nama) ialah kata yang digunakan untuk menerangkan sifat sesuatu kata nama.
-          Secara umumnya sesuatu kata yang dapat disertai kata-kata seperti amat, angat atau paling adalah  tergolong sebagai kata adjektif.

Jenis-jenis Kata Adjektif

Jenis
Contoh Kata Adjektif
Contoh Ayat
sifatan / keadaan
berani, buas, cergas, pandai, rajin, sihat
- Budak itu sangat cergas
- Pelajar itu rajin sekali
warna
merah, biru, hijau, kuning, jingga, ungu, putih
  - Dia suka memakai kasut yang hitam
    itu
- Warna kegemaran saya ialah merah
ukuran
besar, kecil, kerdil, panjang, rendah, tebal
  - Rumah itu besar
  - Kamus yang tebal itu diterbitkan oleh  
     Dewan Bahasa dan Pustaka.
bentuk
bujur, bulat, bundar, buncit, kempis, leper
  - Bentuk meja itu bulat.
  - Perut orang gemuk itu buncit.
pancaindera
harum, lazat, lici, merdu, nyaring, molek, manis, masam
 - Masakan itu lazat rasanya
 - Suara budak itu sungguh nyaring.
waktu
baru, lama, segera
- Dia baru sahaja bekerja di sini.
jarak
dekat, hampir, jauh
- Rumah saya dekat dengan masjid
perasaan
benci, marah, rindu, sayang, malu
- Dia rindu akan keluarganya
kekerapan
Acap kali, jarang, kerapkali, selelu, sering
- Mereka selalu pergi bersama-sama

DARJAH PERBANDINGAN KATA ADJEKTIF

Kata Adjektif dapat digunakan untuk menyatakan tiga darjah perbandingan iaitu :-

i.                    Darjah biasa
ii.                  Darjah bandingan
iii.                Darjah penghabisan


A) Darjah Biasa
-          Dinyatakan dengan menggunakan kata adjektif biasa
      Contoh                        - Bayi itu comel
                              - Perangai budak itu baik
                              - Badan olahragawan itu tegap




B) Darjah Bandingan
- Ada dua bentuk darjah bandingan dalam bahasa Melayu iaitu :-
* Bandingan yang sama
* Bandingan yang berbeza

Darjah Bandingan
Contoh
Contoh Ayat
sama
Sebesar, seantik, sama padan dengan, sama tinggi dengan.
-          Wajah puteri itu secantik bidadari.
-          Siti sama tinggi dengan abang sepupunya.
berbeza
Lebih besar daripada, lebih tinggi daripada, kurang kuat daripada, kurang pintar daripada
-          Negeri Sembilan lebih besar daripada negeri Melaka.
-          Ahmad kurang kuat daripada Ali

PERINGATAN :
            Oleh sebab sebesar sudah membawa maksud sama besar dengan, maka kata adjektif ini tidak perlu diikuti oleh kata sendi nama dengan.

Contoh Kesalahan
Pembetulan
-          Negeri Pahang tidak sebesar dengan negeri Sarawak
-          En Naufal sekaya dengan Encik 
      Halim

-          Negeri Pahang tidak sebesar negeri Sarawak
-          Encik Naufal sekaya Encik Halim

            
C) Darjah Penghabisan
- Darjah penghabisan dalam bahasa Melayu dapat dinyatakan dengan menggunakan kata-kata seperti paling, teramat, terangat, sekali dan sebagainya.

Bentuk Darjah Perbandingan
Contoh
Contoh Ayat
se- + kata adjektif + gandaan
seberat-berat, sepandai-pandai, setinggi-tinggi
-          Setinggi-tinggi terbang bangau, hinggap di belakang kerbau juga.

yang + teR- + kata adjektif
yang terbesar, yang terpandai, yang tertinggi
-          Gunung Kinabalu ialah gunung yang tertingi di Malaysia.

paling + kata adjektif
paling baik, paling cepat, paling pandai
-          Musifah muncul sebagi pelajar yang paling baik di sekolah kami bagi tahun ini.
kata adjektif + sekali
kaya sekali, luas sekali, muda sekali
-          Padang permainan itu luas sekali
yang + teR- + amat / sangat
Yang teramat besar, yang teramat mulia, yang tersangat tinggi
-          Ustaz Naufal ialah orang yang teramat mulia di Kampung Sentosa


PERINGATAN :-
Kata adjektif yang berimbuhan teR- / paling  tidak perlu dikuti oleh kata sekali dalam bahasa Melayu baku.

Contoh Kesalahan
Pembetulan
  • Rusia ialah negara yang terbesar sekali di dunia
  • Negari yang terkecil sekali di Malaysia ialah Perlis
  • Rusia ialah negara yang terbesar di dunia
  • Negeri yang terkecil di Malaysia ialah Perlis

Tiada ulasan:

Catat Ulasan