Isnin, 21 Julai 2014

skema jawapan PT3 ujian setara 2



UNTUK GURU-GURU BM SERTA PELAJAR TINGKATAN 3


SKEMA PEMARKAHAN  BAHASA MELAYU PT3

Bahagia A:
1.       i.              Oleh kerana                       - Oleh sebab
ii.             Setengan                             - Setengah-setengah / sesetengah
iii.            dibaca oleh saya               - saya baca.
iv.           kelirukan                             - mengelirukan

2.       i.              di jual                                    - dijual
ii.             Pelancung                           - pelancong
iii.            menjolok                             - mencolok

3.       i.              Diana hanya mendiamkan diri apabila dimarahi oleh bapaya.
ii.             Jojo suka membaca buku sambil /dan / serta mendengar radia pada masa lapang.
iii.            Pinggan itu terjatuh lalu pecah
iv.           Kita hendaklah rajin bersenam supaya / agar  badan kita sihat.
v.            Aman dan Aziz tidak sombong walaupun mereka anak orang kaya
catatan : Terima mana-mana jawapan yang sesuai
4.       i.              Bagai anjing dengan kucing
Anjing dengan kucing (diterima)
                ii.             Di mana ada gula di situ ada semut

5.       i.              Berdasarkan petikan prosa di atas, gambaran kelahiran bayi Tuan Puteri Kutum Ratna
Sari digambarka bahawa Tuan Puteri Kuntum Ratna Sari melahirkan seorang putera yang sangat elok rupanya laksana bulan penuh purnama empat belas hari bulan dan lahir bersama-sama dua bilah pedang,  iaitu sebilah pedang di tangan kiri dan sebilah pedang di tangan kanan.   (ayat gramatis)
                (Terima mana-mana 2  jawapan)



ii.             Nilai murni yang terdapat dalam petikan prosa di atas ialah mengambil berat dan kasih sayang.  Misalnya, Tuan Puteri Bidadari Segerba sangat mengambil berat  terhadap Tuan Puteri Kuntum Ratna Sari hingga sanggup turun ke bumi utuk melihat Tuan Puteri yang sakit hendak bersalin dan nilai kasih sayang terhadap bayi yang dilahirkan hungga baginda mahu membina balai pancalogam dua belas tingkat untuk puterinya bersiram dan sebuah khemah untuk puterinya bermai.
                                (Terima mana-mana 2  jawapan)
iii.            Pada pendapat saya, cara untuk meluahka rasa kasih sayang terhadap anak adalah dengan memberikan sepenuh perhatian terhadap anak, menjaga kebajikan anak, dan memberika pendidikan yang sempurna kepada anak.
                                (Terima mana-mana 2  jawapan)
6.       i.              Penyajak mengalirkan air mata ketika membaca diari kerana perjuangan para pejuang
terdahulu yang berani serta sanggup berkorban demi negara.
                                (Terima mana-mana 2  jawapan)

ii.             Tema yang ingin disampaikan oleh penyajak dalam sajak ini ialah semangat patriotism dalam jiwa rakyat Malaysia.
                                (Terima mana-mana 2  jawapan)

iii.            Pada pendapat saya, Hari Kemerdekaan harus disambut oleh rakyat tanpa mengira bangsa kerana sebagai menghargai perjuangan para pejuang yang bermati-matian untuk mencapai kemerdekaan negara.  Selain itu, perasaan patriotism dan berasa bagga dapat dipupuk dalam kalangan rakyat Malaysia.
                                (Terima mana-mana 2  jawapan)
7.       i.              Kuala Lumpur = tempat tinggal Hasrul da keluarganya sebelum diarahkan berpindah
ii.             Rumah Hasrul di Kampung Kuala Batu = Rumah ini ialah tempat tinggal Hasrul Sekeluarga apabila dia berpindah dari kota.
iii.            Rumah Pak Morit di Kampung Kuala Batu = Rumah yang amat sederhana.  Pak Morit memelihara ayat dan Mak Sukin selalu memberi ayamnya makan di halaman rumah.
                (Terima mana-mana 2 jawapan yag sesuai)

Soalan 8 dan 9   Sila rujuk skima hari tuuuu heheheh

Tiada ulasan:

Catat Ulasan