Pengetahuan dan Kemahiran
Bahasa (SPM)
Membina Ayat
1.
Dalam peperiksan, apek membina ayat dikemukakan
sebagai Soalan 3 (a).
2.
Soalan ini memperuntukkan enam markah.
3.
Terdapat tiga
bentuk soalan membina ayat iaitu :
i.
Membina satu
ayat daripada setiap perkataan /
frasa dalam pasangan kata yang
dibenarkan
ii.
Membina satu
ayat daripada setiap perkataan
/frasa yang dibenarkan
iii.
Membina dua
ayat daripada setiap perkataan /frasa yang
diberikan
4.
Ayat yang dibina mestilah gramatis dan lengkap dari
segi subjek dan predikat.
5.
Ayat tersebut metilah menggambarkan maksud perkataan yang diberi
6.
Jika ayat tersebut terdiri daripada ayat
perintah atau ayat Tanya. Ayat tersebut
mestilah dibina dalam bentuk ayat cakap
ajuk.
7.
Pelajar tidak boleh menambah imbuhan atau membuang
imbuhan pada perkataan yang diberikan.
8.
Elakkan sebarang kesilapan ejaan atau bahasa
semasa membina ayat
9.
Perkataan tersebut tidak boleh digunakan sebagai
peribahasa atau nama khas.
Contoh Kesalahan Membina Ayat
1.
Ayat
tidak gramatis : (membina ayat daripada perkataan perniagaan)
-
Agar perniagaan
anak sulungnya itu diberkati Allah.
ULASAN : Ayat itu tidak gramatis kerana
hanya mempunyai keterangan predikat sahaja.
Ayat yang betul ialah :
-
Haji Hashim berdoa agar perniagaan anak sulungnya itu diberkai Allah.
2.
Ayat
tidak menggambarkan makna yang jelas. (perkataan mengincar / [membidik]
-
Kami tidak tahu bahawa perkataan mengincar memang wujud dalam bahasa
Melayu.
ULASAN : Ayat tersebut tidak
mengambarkan makna yang jelas.
Ayat yang betul ialah :
-
Pemanah itu mengincar
sasaranya sebelum melepaskan anak
panah itu.
3.
Ayat
tidak tepat : perkataan peluang)
-
Gunakan peluang
itu dengan sebaik-baiknya.
ULASAN : Ayat itu dianggap tidak
tepat dalam peperiksan kerana tidak diungkapkan dalam cakap ajuk.
Ayat yang betul ialah :
-
“Gunakanlah peluang
itu dengan sebaik-baiknya ,”. Kata Cikgu Lim kepada Sue.
4.
Menambah
imbuhan : (perkataan tembak)
-“Mengapakah awak menembak tupai itu?” soal Puan Goh kepada suaminya.
ULASAN : Ayat itu salah kerana
perkatan tembak telah ditambah dengan imbuhan awalan meN- menjadi menembak
Ayat yang betul ialah :
-
“Mengapakah awak tembak tupai itu?” soal Puan Goh kepada suaminya.
5.
Kesalahan
ejaan : (perkataan perasaan)
-
Kata-katanya itu telah mengguris perasaan ibunya .
ULASAN : Ayat itu terjejas kerana
terdapat kesalahan ejaan pada perkataan mengguris. Perkataan yang betul ialah menggores.
6.
Perkataan
digunakan sebagai peribahasa: (perkataan meletakkan )
-
Perbuatannya yang menunggang motosikal dengan
laju itu seperti meletakkan pinggan
di dalam singki.
ULASAN : Ayat itu tidak diterima
kerana perkataan meletakkan digunakan sebagai peribahasa.
Ayat yang betul ialah :
-
Selepas makan, adik meletakkan pinggang di dalam singki.
7.
Perkataan
yang digunakan sebagai nama khas: (perkataan pertahanan)
-
Beliau bekerja di Kementerian Pertahanan.
ULASAN : Ayat itu tidak diterima
kerana perkataan pertahanan digunakan sebagai nama khas. Ayat yang betul ialah :
-
Kerajaan Malaysia telah membeli kapal selam
untuk memperkuat pertahanan Negara.
PRAKTIS 1
Tulis satu ayat
bagi tiap-tiap frasa di bawah ini untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan
penggunaannya. Anda tidak boleh menambah
imbuhan, menukarkan imbuhan, atau menggunakan frasa itu sebagai peribahasa atau
nama khas.
i.
membuat perkiraan
ii.
mengenal pasti
iii.
mengambil alih
iv.
mencari gali
v.
kadar kematian
vi.
wabak selsema
vii.
suhu badan
viii.
gaya hidup sihat
ix.
badan korporat
x.
permis perniagaan
PRAKTIS 2
Tulis satu ayat
bagi setiap perkataan dalam pasangan perkataan di bawah ini supaya jelas
menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambah imbuhan, menukarkan
imbuhan, atau menggunakan frasa itu sebagai peribahasa atau nama khas.
i.
jurang – jerang
ii.
kerang – karang
iii.
juling - julang
PRAKTIS 3
Tulis satu ayat
bagi tiap-tiap perkataan di bawah ini untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan
penggunaannya. Anda tidak boleh menambah
imbuhan, menukarkan imbuhan, atau menggunakan frasa itu sebagai peribahasa atau
nama khas.
i.
gila-gilaan
ii.
kecil-kecilan
iii.
habis-habisan
iv.
besar-besaran
v.
mati-matian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan