5 fakta mengejutkan mengenai kemalangan jalan raya
KUALA LUMPUR: Adakah menggunakan telefon mudah alih ketika memandu punca utama kemalangan jalan raya? Atau adakah kemalangan jalan raya kerap berlaku disebabkan "road rage" atau sikap agresif para pemandu? Kajian baru-baru ini mendedahkan beberapa faktor kemalangan jalan raya yang mengejutkan secara global.
Semua orang berfikir mereka adalah pemandu yang baik, tetapi sebenarnya
kemalangan kereta berlaku tidak kira apa tahap pemanduan anda. Jadi,
apa yang menyebabkan kemalangan kereta? Di sini adalah beberapa fakta menarik dan mengejutkan mengenai kemalangan jalan raya.
1) Orang-orang yang obes lebih cenderung untuk mati dalam perlanggaran kereta Berfikir untuk memulakan regim kecergasan untuk menurunkan berat badan? Berikut adalah sebab utama untuk memulakannya secepat mungkin.
Kajian mendapati pemandu obes adalah 78% lebih cenderung untuk mati
dalam perlanggaran kereta berbanding pemandu-pemandu dengan berat badan
normal. Menurut UC Berkeley’s Safe Transportation and Research
Education Center (SafeTREC), obesiti mungkin menjadi faktor dalam
kemalangan kenderaan yang membawa maut. Melalui penyelidikan
yang dijalankan, para penyelidik mendapati individu yang mempunyai
klasifikasi obesiti tahap I Pertubuhan Kesihatan Sedunia (BMI 30.0 ke
34.9) adalah 21% lebih cenderung untuk mati berbanding pemandu-pemandu
dengan berat normal.
Mereka yang berada dalam obesiti tahap II
(BMI 35 ke 39.9) adalah 51% lebih cenderung untuk mati, dan mereka yang
berada dalam tahap paling tinggi, obesiti III (BMI 40.0 ke atas), adalah
80% lebih cenderung untuk mati akibat kemalangan berbanding
pemandu-pemandu dengan berat normal. Apakah penjelasan di sebalik risiko tambahan ini?
Para penyelidik percaya bahawa bahagian bawah badan pemandu-pemandu
obes ditolak lebih ke hadapan semasa impak sebelum tali pinggang keledar
mencapai pelvis kerana lebihan tisu lembut, manakala bahagian atas
badan kekal dihalang. Ini menghentikan pemandu daripada bergerak ke
hadapan, yang boleh menyebabkan kecederaan maut, menurut para penyelidik
tersebut. “Ini menambah satu lagi item dalam senarai panjang
akibat-akibat negatif obesiti,”penulis utama, Thomas M. Rice, pakar
epidemiologi Transportation Research and Education Center di University
of California, Berkeley, memberitahu New York Times. “Ia satu lagi sebab
untuk turunkan berat badan.”
2) Telefon mudah alih mungkin bukan penyebab kebanyakan kemalangan kereta Bercakap di telefon ketika memandu adalah dilarang dan ia dipercayai
secara meluas sebagai berbahaya dan boleh menyebabkan kemalangan kereta.
Namun begitu, satu kajian yang dijalankan oleh Carnegie Mellon
University (CMU) dan London School of Economics and Political Science
mencadangkan yang bercakap di telefon ketika memandu tidak meningkatkan
risiko perlanggaran. Data kajian yang dianalisa daripada
kebanyakan pembekal utama telefon mudah alih dan laporan-laporan
kemalangan mendapati yang penggunaan telefon mudah alih tidak semestinya
meningkatkan risiko perlanggaran seseorang individu.
Apakah sebab di sebalik penemuan yang bertentangan ini?
Menurut Saurabh Bhargava, pembantu profesor sains sosial dan keputusan
di Dietrich College of Humanities and Social Sciences CMU, para pemandu
mungkin mengimbangi gangguan penggunaan telefon mudah alih dengan
memilih bila hendak membuat panggilan atau memandu dengan lebih
berhati-hati ketika panggilan. Namun begitu, menggunakan
telefon mudah alih masih lagi satu gangguan utama ketika memandu dan
ianya boleh menyebabkan kemalangan jalan raya. Di Switzerland,
Swiss Council for Accident Prevention menyatakan yang kurang tumpuan
oleh pemandu-pemandu adalah sebab utama kemalangan jalan raya yang
serius. Pemandu-pemandu kenderaan biasanya terganggu oleh telefon mudah alih, penumpang, papan iklan dan terlalu banyak tanda jalan.
Menyimpan telefon anda ketika memandu adalah langkah terbaik, dan
perbuatan yang sah untuk dilakukan, untuk mengelak membahayakan nyawa
anda dan orang lain ketika berada di jalan raya.
3) Ciri-ciri keselamatan di dalam kereta mungkin tidak mengurangkan kemalangan jalan raya Baru sahaja membeli kereta baru dengan brek ABS dan beg udara di setiap tempat duduk? Ciri-ciri keselamatan ini mungkin tidak mengurangkan risiko kemalangan jalan raya anda.
Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Dr. Fred Mannering dari Purdue
University mengenai kemalangan-kemalangan jalan raya di antara 1992 dan
1997, didapati tiada pengurangan besar dalam kemalangan walaupun dengan
ciri-ciri keselamatan yang efektif. “Orang ramai mempunyai
penerimaan dalam soal tahap keselamatan. Jika mereka berasa lebih
selamat kerana beg udara dan brek, mungkin mereka memandu dengan lebih
laju atau memasang dan mematikan radio lebih kerap, dengan kata lain,
sebagai ganti,” kata Mannering kepada New York Times. Para pemandu dinasihatkan supaya berhati-hati walaupun dengan ciri-ciri keselamatan yang dipasang di dalam kereta mereka.
4) Pemandu-pemandu kereta dipersalahkan bagi kebanyakan kemalangan penunggang motosikal Menurut Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS),
kemalangan-kemalangan maut motosikal semakin meningkat dengan jumlah
keseluruhan kematian 6,871 di Malaysia dalam 2010. Para pemandu
kereta selalu merungut mengenai sikap para penunggang motosikal yang
kurang berhati-hati menyelit masuk dan keluar daripada trafik kerana
turut membahayakan nyawa mereka. Jadi, siapa yang harus dipersalahkan apabila kenderaan beroda empat dan kenderaan beroda dua bertembung?
Menurut kajian Florida Department of Transportation baru-baru ini, para
penunggang motosikal adalah betul. Pemandu-pemandu kereta dan trak
kebanyakannya melakukan kesalahan, biasanya gagal memberi laluan kepada
kenderaan-kenderaan kecil. Ia berbaloi untuk memberi tumpuan lebih dan berhati-hati, terutamanya apabila laluan khas penunggang motosikal tidak tersedia.
5) Para pemandu wanita Malaysia lebih marah tetapi kurang mengalami kemalangan berbanding lelaki Para pemandu wanita Malaysia didapati lebih marah berbanding lelaki
sebagai pemandu, berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Institut
Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS). Namun begitu, walaupun tahap kemarahan mereka tinggi, pemandu wanita mengalami kurang perlanggaran dan maut jalan raya.
Karen Goonting, penyelidik MIROS dan pakar psikologi berkata, walaupun
dengan kecenderungan mereka untuk berasa lebih marah, terdapat kurang
pemandu-pemandu wanita terlibat dalam kemalangan kerana mereka biasanya
menyimpan rasa marah mereka. “Lelaki lebih cenderung untuk
bertindak dengan kemarahan mereka dan meluahkannya secara fizikal,
berbanding wanita. Ia juga mungkin faktor budaya. Biasanya ia tidak
diterima bagi wanita Asia untuk bersikap agresif secara terbuka,” kata
beliau kepada The Star. Penemuan kaji selidik berikut mungkin
mengejutkan tetapi ia sememangnya membantu para pemandu untuk memberi
tumpuan lebih dan mengelak sikap berisiko tinggi ketika berada di jalan
raya.