Rabu, 28 Ogos 2013

KARANGAN (ISI-ISI PENTING)





1. Sejak belakangan ini, penyertaan masyarakat dalam kegiatan sukarelawan       
    semakin   berkurangan. Huraikan facdah-faedah menjadi sukarelawan.
Pendahuluan
·            Sukarelawan merupakan golongan yang menabur bakti kepada golongan yang tidak bernasib baik – sanggup mengorbankan tenaga dan masa mereka.
·            Penyertaan masyarakat dalam kegiatan sukarelawan begitu hambar sekali.

Isi-isi
·            Menjadi sukarelawan dapat menyemai sikap belas kasihan dan keinginan yang kuat untuk menghulurkan pertolongan kepada golongan yang memerlukan bantuan.
·            Contohnya menghulurkan pertolongan kepada mangsa ombak Tsunami di Kedah dan Pulau Pinang, mangsa peperangan di Iraq dan mangsa gempa bumi di Acheh demi mengurangkan penderitaan yang mereka alami.
·            Didedahkan dengan jerih payah golongan yang menderita menyedarkan mereka tentang betapa bertuahnya kehidupan akan menghargai keamanan dan kesejahteraan negara
·            Selain itu, menjadi scorang sukarelawan juga dapat mengisi masa lapang dan mengelakkan diri daripada terjerumus ke kancah yang kurang sihat.
·            Kerja-kerja sukarelawan juga dapat membahagiakan pihak‑pihak yang    
 dibantu di samping berbakti kepada negara.

Kesimpulan
·              Sesungguhnya kerja sukarelawan ini mempunyai pelbagai manfaat kepada diri sendiri, keluarga, golongan yang kurang bernasib baik dan negara.
·              Rakyat Malaysia haruslah meluangkan masa menjadi sukarelawan                   
   sepenuh masa atau secara sambilan.



2. Hidupan liar semakin pupus di negara kita. Tulis rencana tentang faedah dan
    langkah-langkah untuk inelindungi hidupan liar di negara ini untuk dimuatkan dalam   
    majalah sekolah.

Pengenalan
·         Takrif hidupan liar dan contoh.
·         Hidupan liar kian pupus kerana tindakan manusia- melarikan diri ke kawasan yang belum diteroka.
Isi-isi
·            Faedah – menyumbang kepada pelbagai faedah.
·              Pelancong ingin melihat spesis hidupan liar -- taman hidupan liar di Taman Negara.
·              Bidang penyelidikan perubatan – menguji hasil-hasil ciptaan kepada hidupan liar terlebih dahulu sebelum digunak an untuk manusia.
·              Langkah – mengetatkan lagi syarat-syarat perrnohonan untuk memburu hidupan liar.
·              Mengenakan tindakan yang lebih tegas kepada scsiapa yang tidak mematuhi syarat-syarat.
·              Jabatan PERHILITAN perlu memantau dan memastikan Akta Perlindungan Hidupan Liar dipatuhi oleh pemburu.
·              Pihak zoo perlu menggiatkan usaha pembiakan hidupan liar.
Penutup
·            Harus bekerjasama untuk melindungi hidupan liar.


3. Anda telah dipilih untuk menyampaikan syarahan sempena sambutan Hari Guru di sekolah anda. Tajuk syarahan anda itu ialah "Guru Penggerak Budaya llmu".
     Tulis syarahan itu selengkapnya.
Pendahuluan
·   Ikut format syarahan.
·   Kata alu-aluan yang sesuai dengan hadirin yang datang dalam majlis tersebut.

1si-1si Penting
·   Mendefinisikan tajuk - guru penggerak budaya ilmu bermaksud guru memainkan peranan penting dalam menyampaikan ilmu kepada murid-murid.
·   Guru-guru mesti ikhlas menjalankan tanggungjawab dan amanah dengan tugas yang diberikan.
·   llmu yang disampaikan oleh guru amat bermakna kepada murid-murid - terlalu percaya kepada guru - ada kalanya melebihi ibu bapa mereka.
·   Guru harus memberi contoh yang haik kepada anak-anak didiknya - guru perlu banyak membaca supava ilmu yang disampaikan dapar membimbing anak-anak muridnya ke arah kebaikan.
·   Minat membaca harus dipupuk sejak kecil lagi - guru harus rajin meningkatkan ilmu barulah anak-anak murid dapat mencontohinya dan rajin membaca untuk mencari ilmu.

Penutup
·   Jelaslah peranan guru sebagai penggerak budaya memang penting.
·   lmej guru harus dijaga dan dimuliakan supaya anak-anak murid yakin dengan ilmu  yang disampaikan.
 
4. Anda menyertai pertandingan syarahan di peringkat daerah. Tajuk syarahan yang ditetapkan ialah “Usaha-usaha Memperkukuh Perpaduan Kaum di Negara Kita”.
Sediakan teks syarahan anda itu sepenuhnya.

Pendahuluan:
Kata alu-aluan
  • Lafaz salam sejahtera
  • Bangga diberi peluang menyampaikan syarahan

Isi-isi:
1)    Perpaduan boleh mewujudkan keamanan negara
·         Perpaduan rakyat Malaysia mengkagumkan negara luar
·         Mereka berasa hairan bagaimana berlainan kaum boleh hidup bermuafakat
2)    Rakyat perlu merasai kekayaan negara
·          Tidak mahu sesuatu kaum menguasai ekonomi
·          Kaum bumiputera dibantu agar dapat bersaing dengan kaum-kaum lain
3)    Sistem pendidikan mahu semua kaum belajar menggunakan bahasa Malaysia
·          Rakyat dapat bertutur dan cara berfikir yang sama
·          Diwujudkan Sekolah Wawasan
4)    Semua pihak jangan membangkitkan isu yang sensitif.
·         Jika timbul masalah perlu diselesaikan di meja rundingan
·         Keamanan tidak wujud apabila semua mahu menjadi jaguh kaum masing-masing
5)    Media massa berperanan dalam memberi maklumat
·         Maklumat yang boleh membangkitkan perasaan tidak puas hati hendaklah ditapis
·         Segala tindakan, kepentingan nasional hendaklah diutamakan

Penutup:
  • Beruntung tinggal di Malaysia yang aman
  • Semua hidup dalam keadaan selesa
  • Empat rangkap gurindam dan lafaz terima kasih

5. Dalam perjalanan pulang dari sekolah, kamu dan seorang rakan telah berhenti di tepi padang untuk melihat sekumpulan pemuda bermain bola sepak. Sambil melihat mereka bermain, kamu dan rakan telah berbual-bual tentang aktiviti tersebut. Tulis perbualan tersebut selengkapnya.

Skema Jawapan:

-          Tujuan mereka bermain bola sepak untuk meningkatkan kemahiran atau beriadah
-          Permainan untuk mengisi masa lapang
-          Permainan bola sepak dapat dijadikan sebagai suatu kerjaya
-          Permainan ini memerlukan kesungguhan dan disiplin yang tinggi
-          Sukan bola sepak diminati ramai tidak kira bangsa dan lapisan masyarakat.
-          Sukan yang popular ditanah air dan juga luar negara
-          Sukan bola sepak dapat memperkenalkan negara di peringkat antarabangsa


6. Aktiviti kokurikulum sekolah memainkan peranan penting dalam pembentukan sahsiah murid. Bincangkan.

Skema Jawapan

-          menonjolkan kebolehan dan bakat seseorang melalui aktiviti yang dijalankan
-          malatih murid agar lebih berdisiplin- mematuhi peraturan dan perlembagaan pasukan, pasukan, persatuan atau kelab
-          mentaati perintah ketua dan sanggup menerima arahan
-          mewujudkan semangat kerjasama – melaksanakan aktiviti yang dirancang secara berkumpulan
-          menanam sikap saling menghormati antara satu sama lain
-          memebentuk sikap kepimpinan.

7. `Bagal enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing' merupakan salah satu peribahasa Melayu. Berdasarkan peribahasa tersebut, jelaskan sebab-sebab sikap seperti ini tidak wajar diamalkan oleh masyarakat.
Pendahuluan
·         Maksud – merujuk sikap segelintir masyarakat yang hanya mementingkan diri sendiri sehingga kepentingan orang lain diketepikan.
Isi-isi penting
·         hidup bermasyarakat harus ada sikap bertolak ansur dan hormat-menghormati antara satu sama lain – menjaga perasaan jiran tetangga – elakkan perbalahan dan permusuhan
·         sikap mementingkan diri boleh menimbulkan masalah – tidak disenangi sehingga dipulaukan masyarakat setempat – hidup seperti kera sumbang
·         tiada kawan dan tempat mengadu - malang tidak berbau – jika menghadapi sesuatu masalah memerlukan bantuan jiran
·         wajar bersikap rendah diri dalam pergaulan – mewujudkan suasana harmoni dan merapatkan hubungan
Penutup
·         Peribahasa mengingatkan setiap ahli masyarakat agar mengekalkan perpaduan dan keharmonian agar dapat hidup dengan aman dan gembira.

 

8. Tulis satu karangan yang menjelaskan maksud peribahasa, `terlajak perahu boleh   diundur, terlajak kata buruk padahnya'.
Pendahuluan
·         Maksud – penyesalan yang berlaku akibat ketelanjuran tutur kata – kata-kata yang diungkap tidak boleh ditarik balik.
Isi-isi penting
·         kita digalakkan memiliki sifat kesabaran – dalam keadaan marah, kita akan mudah mengeluarkan kata-kata tanpa berfikir secara rasional – persengketaan yang berpanjangan akan terjadi
·         kita kendaklah senantiasa menjaga tutur kata dan memikirkan sensitiviti orang lain – bukan semua orang boleh dibawa bergurau – kata-kata yang berbisa dan gurauan yang kasar boleh melukakan hati dan menyentuh perasaan seseorang
·         terdapat segelintir pihak yang gemar memperkatakan atau mengulas tentang sesuatu walaupun kurang arif terhadap perkara yang diperkatakan – mengundang masalah dan memberi imej yang kurang baik. kelancangan dalam menuturkan kata-kata tanpa memikirkan akibatnya akan mengundang padah dan merugikan din sendiri – membuat keputusan dengan terburu-buru.

Penutup
·         Gunakanlah bahasa yang baik dan tidak menyinggung perasaan orang lain –berkata jika perkara tersebut membawa manfaat – berfikir sebelum berkata


9. Kerajaan telah melancarkan Program Latihan Khidmat Negara yang bermula pada tahun 2004. Pada pendapat anda, apakah impak positif program tersebut terhadap Negara dan masyarakat? Tuliskan karangan anda selengkapnya.

Pendahuluan

·         Motto PLKN-terdapat empat modul ketenteraan dan modul kepimpinan

Isi-isi penting

·         impak positif-memupuk semangat perpaduan dan setiakawan-memahami adapt resam kaum lain
·         terhindar daripada maksiat-disiplin-membantu menjalani kehidupan yang teratur
·         pembentukan sahsiah dan jati diri-nilai yang penting-lebih tenang dalam membuat keputusan
·         kemahiran-ketahanan diri-kemahiran pelbagai bidang-mereka mampu menghadapi cabaran kehidupan

Penutup
·         PLKN merupakan program yang banyak membawa impak positif

10. Anda telah dipilih untuk mewakili sekolah dalam pertandingan perbahasan. Tajuk perbahasan ialah”Teknologi Multimedia Lebih Banyak Kebaikan daripada Keburukan”. Sebagai pihak pencadang, tulis hujah-hujah anda itu selengkapnya.

Format: perbahasan

Pendahuluan:
·         Selamat pagi-Tuan Pengerusi Majlis-pihak pencadang-tajuk

Isi-isi penting
·         Teknologi Maaklumat –komunikasi menjadi lebih berkesan-internet dan mel elektronik –mudah menghantar mesej dan lampiran
·         Murid dan mahasiswa- mudah mendapat maklumat-kajian dan tugasan-di dalam dan di luar negara
·         Pelajar-dapat maklumat tentang universiti di luar negara-bertukar-tukar pendapat
·         Perpustakaan Internet-mudah-membuat projek penyelidikan
·         Teknologi multimedia-perniagaan-mendapat maklumat tentang barangan

Penutup
·         Jelas lebih banyak kebaikan-terus meneroka bidang teknologi maklumat    

11. Hari Alam Sekitar peringkat sekolah akan diadakan tidak berapa lama lagi. Selaku setiausaha Kelab Alam Sekitar anda ingin mengundang penceramah daripada Jabatan Alam Sekitar untuk memberikan ceramah pada hari tersebut. Tulis surat jemputan tersebut selengkapnya.

Pendahuluan
·         Alamat pengirim-alamat penerima-tarikh-tajuk-menjemput penceramah berceramah tentang pencemaran alam sekitar

Isi-isi penting
·         memeperkenalkan diri- Hari Alam Sekitar peringkat sekolah akan diadakan-memohon agar dapat menghantar penceramah –memberikan ceramah tentang”Pencemaran Alam Sekitar”
·         menyatakan tarikh,hari,masa,tempat-jumlah kehadiran peserta-bilangan guru yang terlibat-jangka masa ceramah
·         memohon mengadakan sudut pameran-gambar-gambar tentang alam sekitar-pencemaran yang berlaku-untuk maklumat murid-lebih memahami secara mendalam tentang isu alam sekitar
·         merancang untuk mengadakan kuiz tentang alam sekitar-diharap dapat menyumbang 20nsoalan yang berkaitan dengan alam sekitar

Penutup
·         Ucapan terima kasih-berharap agar dapat mempertimbangkan permohonan-demi masa depan dan kebaikan semua pihak-tandatangan-nama penuh-jawatan

12. Tokoh guru peringkat kebangsaan pada tahun lepas akan menjadi tetamu utama sempena sambutan Hari Guru sekolah anda.Tuliskan   sepucuk surat untuk mengundang beliau ke majlis tersebut.

Pendahuluan
·         alamat pengirim-alamat penerima-tajuk-menjemput tohoh guru ke majlis sambutan Hari Guru peringkat sekolah

Isi-isi penting
·         perkenalkan diri-menyatakan penghargaan kepada tokoh guru-memohon jasa baik beliau untuk hadir ke majlis sambutan Hari Guru
·         kedatangan beliau akan memberi makna besar kepada warga sekolah-memberikan sepatah dua kata nasihat-bekas guru sekolah tersebut-memberikan panduan dan tunjuk ajar yang berkesan
·         menyatakan tarikh, masa, hari-tempat majlis akan diadakan-dihadiri oleh semua murid sekolah
·         berharap agar kehadiran beliau akan menaikkan semangkat  para murid-berjaya dalam bidang akademik dan kokurikulum
Penutup
·         Ucapan terima kasih-kerjasama yang diberikan-harapan agar majlis tersebut akan bertambah seri dengan kehadiran beliau-tandatangan-nama penuh,jawatan

13. Sebagai peserta pertandingan syarahan pada peringkat sekolah, anda dikehendaki menyampaikan syarahan yang bertajuk ’Peranan Ibu Bapa dalam Mengatasi Masalah Sosial dalam Kalangan Remaja”. Sediakan teks ceramah anda itu selengkapnya.

Pendahuluan
·         Kata-kata aluan-panel hakim, para guru,para murid-serangkap pantun tentang peranan ibu bapa

Isi-isi penting
·         peranan ibu bapa bermula seawall anak-anak dalam kandungan-tingkah laku ibu bapa mempengaruhi kelakuan anak-anak-ibu harus menjadi yang terbaik-memberikan kesan positif kepada sahsiah anak-anak
·         pendidikan agama seawall usia-melentur buluh biarlah dari rebungnya-semua agama menganjurkan penerapan budi pekerti mulia-mematuhi arahan dan menepati masa
·         memantau perkembangan anak-anak di sekolah atau di luar rumah-bertanya kepada guru tentang perkembangan sahsiah dan akademik anak-anak-mengetahui rakan anak-anak
·         memastikan anak-anak mematuhi jadual harian yang digubal bersama-sama-menjadikan anak-anak sebagai teman pada masa dan tempat yang sesuai

Penutup
·         Ibu bapa memainkan peranan yang sangat penting-menjadi idola kepada anak-anak-mesra dan tegas yang bertempat-anak-anak pasti berasa dihargai dan diperlukan dalam kehidupan


14. Pertanian Itu Perniagaan” merupakan tajuk ceramah yang akan anda sampaikan   
      dalam satu sesi ceramah kepada penduduk kampong. Tuliskan ceramah anda itu   
      selengkapnya.

Pendahuluan
·         Kata-kata aluan-berbesar hati kerana dijemput untuk memberikan ceramah tentang pertanian-berkait rapat dengan kehidupan orang kampong-mempunyai potensi besar dalam perniagaan

Isi-isi penting
·         konsep pertanian traditional- masalah banjir-orang tengah-cara pertanian yang sudah diterima oleh masyarakat kampong-tiba masa untuk anjakan paradigma-berubah ke arah pertanian secara komersial
·         konsep pertanian moden-berskala besar-menggunakan teknologi moden-jentera moden-benih kacukan terbaik
·         pihak kerajaan menyediakan bantuan kewangan, latihan , khidmat nasihat, dan kepakaran-import-teknologi pertanian yang bersifat dinamik dan berdaya saing- mampu menangani masalah orang tengah-menyediakan peluang pekerjaan-meningkatkan ekonomi Negara
·         menjalankan urusan perniagaan di pasar tani,pasar raya besar- memberikan pulangan yang lebih lumayan kepada para pengusaha pertanian

Penutup
  • Perubahan sikap-mentaliti ke arah revolusi pertanian yang maju dan moden-mengikis sikap petani itu miskin, buta huruf, dan hanya tinggal di kampung sahaja-harapan agar penduduk kampung menyahut cabaran, bukan hanyut oleh pelbagai masalah

15. Rakan karib anda telah menulis surat kepada anda untuk meminta pendapat anda   
      tentang sikap remaja di Negara ini yang tidak gemar membaca. Balas surat rakan
      karib anda itu.

Pendahuluan
  • bertanyakan khabar rakan karib-mengucapkan terima kasih kerana sudi menulis surat kepada anda

Isi-isi penting
  • pelbagai kempen telah dijalankan oleh kerajaan-dapat sambutan yang menggalakkan  daripada remaja tetapi hanya dalam kalangan pelajar institusi pengajian tinggi dan bukannya pelajar sekolah
  • peranan media massa- memuatkan buah fikiran dan pandangan ilmuwan tentang tabiat membaca di Malaysia-untuk menimbulkan kesedaran kepada remaja
  • remaja tersalah pilih bahan bacaan-memilih bahan bacaan picisan
  • kesan-fikiran remaja menjadi lemah-tidak mampu bersaing dengan orang luar

Penutup
·         membaca jambatan ilmu-sikap suka membaca  merupakan suatu amalan yang penting untuk perkembangan ilmu


16. Isu yang sering diperdebatkan sehingga kini adalah tentang minat negatif pelajar
      terhadap subjek Sains. Malahan ada sekolah yang terpaksa menutup tingkatan
      enam aliran sains kerana kekurangan pelajar. Berikan pendapatnanda tentang
      langkah-langkah untuk menimbulkan minat dalam kalangan pelajar terhadap subjek
      Sains.

Pendahuluan
·         mempelajari sains dapat membentuk masyarakat yang progresif dan berdaya maju

Isi-isi penting
·         sukatan subjek Sains perlu diperluas-lebih kepada pembuatan teknologi
·         memperbanyak bahan bacaan sains- lebih berwarna-warni agar menarik
·         peranan ibu bapa menanamkan minat kepada pelajar- membuat lawatan
·         peranan kerajaan-memperlengkapkan sekolah dengan prasarana di makmal

Penutup
·         mempelajari sains penting untuk kemajuan Negara


17. Nilai murni dalam kalangan masyarakat Malaysia semakin berkurangan. Bincangkan
      kepentingan memupuk nilai murni dalam kalangan anggota masyarakat.

Pendahuluan
·         nilai murni perlu dipupuk sejak kecil-peranan ibu bapa

Isi-isi penting
·         melahirkan generasi yang berdisiplin- memiliki akhlak yang mulia
·         melahirkan masyarakat yang hidup aman dan harmoni- tiada pergaduhan
·         meningkatkan kemajuan Negara-semua dapat menumpukan pada membangunkan ekonomi
·         meningkatkan imej Negara di mata Negara luar

      Penutup
  • Nilai murni perlu dijadikan pegangan hidup walau di mana jua berada

18.  Penggunaan duit plastik atau kad kredit semakin luas di Malaysia. Nyatakan
       pendapat anda tentang keburukan menggunakan kad kredit.

Pendahuluan
  • semakin luas penggunaan dalam kegiatan jual beli

Isi-isi penting
  • menggalakkan pengguna boros berbelanja- dikenakan caj
  • menggalakkan budaya berhutang dalam kalangan rakyat-kurang berusaha untuk mencari duit tambahan
·         terdedah kepada penipuan-ada kad kredit yang diklonkan
·         banyak kejadian kecurian kad kredit-memperbanyak masalah jenayah


Penutup
·         pengguna perlu bijak membataskan penggunaan kad kredit

19. Kemasukan pekerja asing lebih banyak mendatangkan kebaikan daripada  
      keburukan. Bahaskan penyataan ini.

Pendahuluan
·         Malaysia Negara membangun-banyak projek ke arah pembangunan-lebuh raya,jalan raya,bangunan,perladangan,industri dan sebagainya-memerlukan banyak tenaga buruh-rajyat Malaysia kurang berminat-kemasukan pekerja asing sangat diperlukan-negara lebih maju

Isi-isi penting
·         definisi-pekerja asing ada yang masuk tanpa melalui tapisan undang-undang yang sah-menerusi visa pelancongan atau pelajar-tamat tempoh-menyebabkan pihak berkuasa boleh menahan dan menghantar pulang-namun tenagamereka juga sangat diperlukan
·         dalam bidang pembinaan- buruh kasar dari Indonesia sangat mahir dan tahan lasak-gaji minimum-sesuai dan lebih menguntungkan-kerja dapat disiapkan dalam tempoh masa yang ditetapkan-kehadiran mereka membantu proses pembinaan sesuatu projek
·         perladangan-anak muda Malaysia tidak berminat-lebih suka bekerja di kilang-ruang kosong diisi oleh pendatang tanpa izin-membantu meningkatan hasil keluaran lading-ekonomi negaraMalaysia meningkat-bekerja dengan rajin-menyara keluarga di Negara asal masing-masing

Penutup
·         Pekerja asing amat diperlukan oleh pelbagai sector dalam Negara-perlu dikawal, dipantau-memberikan sumbangan besar kepada kemajuan Negara-pihak pemaju-kerja dapat disiapkan dalam tempoh masa-kehadiran mereka membantu proses pembangunan Negara


20. Harga barangan semakin meningkat. Cadangkan langkah-langkah yang sesuai
      dilaksanakan bagi menghadapi masalah tersebut.

Pendahuluan
·         Isu semasa-harga barang meningkat di seluruh dunia-baru-baru ini peningkatan harga beras dan minyak-pengguna mengeluh-pelbagai reaksi negative terhadap fenomena ini

Isi-isi penting
·         berjimat cermat-amalan yang pasti menguntungkan-mengelakkan pembaziran- kitar semula-menggunakan barang yang masih boleh dipakai-jangan terikut-ikut oleh tawaran iklan
·         membeli barang yang perlu sahaja-jangan mengikut perasaan-barangan yang masih elok tidak perlu ditukar-membebankan,menambah hutang,dan menjerat diri sendiri-memulaukan barangan yang harganya meningkat
·         amalan menabung-galakkan kepada anak-anak-simpanan di bank dan pelaburan yang selamat-gunakan wang untuk perkara perlu sahaja-simpanan akan bertambah dengan melakukan pelaburan yang kurang berisiko

Penutup
·         Harga barangan akan terus meningkat-kawal diri sendiri-memulaukan barang yang meningkat harganya- gunakan hak pengguna dengan betul

21. Kaedah rawatan penyakit secara tradisional semakin mendapat tempat.
      Cadangkan langkah-langkah untuk meningkatkan lagi penggunaan rawatan
      tradisional Malaysia ke peringkat antarabangsa.

Pendahuluan
·         Perubahan terhadap bidang perubatan-semakin ketara ke  arah mesra alam- menggurangkan penggunaan bahan kimia yang mendatangkan kesan sampingan-fenomena yang berlaku di seluruh dunia-kembali kepada alam semula jadi-herba dan tumbuh-tumbuhan memberikan khasiat dan merawat penyakit

Isi-isi penting
·         ubat moden memberikan kesan dengan segera-mengandungi dadahyang memberikan kesan sampingan tanpa amaran-penyakit semakin bertambah kronik- dos lebih tinggi-alternatif-guna rawatan tradisional yang diberi nafas baru
·         kerajaan menggalakkan kajian dalam penggunaan herba untuk rawatan penyakit-kajian pakar universiti-mengesahkan dan diiktiraf peringkat antarabangsa-pensijilan-kelulusan Kementerian Kesihatan-orang ramai lebih yakin
·         iklan menembusi pasaran dunia menerusi Internet-penggunaan ubat tradisional-testimoni menunjukkan pengguna berpuas hati terhadap kesan rawatan tradisional
·         penduduk dunia mempunyai pertalian yang rapat dengan alam sekitar-gunakan kepercayaan ini untuk meningat keyakinan keberkesanan rawatan tradisional

Penutup
·         Sebagai alternatif-peluang perniagaan-menghargai alam semula jadi- tiada kesan sampingan yang memudaratkan-pengguna beralih kepada rawatan tradisional











22. Yuran sekolah perlu dikurangkan untuk meringankan beban ibu bapa. Berikan
       pendapat anda.

Pendahuluan
·         Isu semasa-media massa menyiarkan kegelisahan ibu bapa tentang bayaran yuran sekolah-tidak munasabah-bayaran yang tidak perlu dimasukkan dalam senarai bayaran-perlu kurangkan yuran untuk meringankan beban ibu bapa

Isi-isi penting
·         yuran wajib sahaja-peperiksaan dalaman,kokurikulum-yuran lain perlu dikurangkan atau dimansuhkan-membebankan ibu bapa-ibu bapa berpendapatan rendah –tidak mampu
·         yuran berasaskan bilangan anak-anak yang banyak bersekolah-mohon mengurangkan bayaran yuran
·         jumlah remaja yang mendapat pendidikan akan bertambah-menjadikan Negara bertambah banyak kadar celik huruf-negara lebih maju-bilangan bijak pandai lebih banyak

Penutup
·         Bayaran yuran perlu dikurangkan-dikaji semula-memberikan penjelasan kepada ibu bapa dan pihak yang terlibat-meringankan beban ibu bapa



Tiada ulasan:

Catat Ulasan